Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kilang tayar Batu 9 beroperasi secara haram – MPKS, NREB buka siasatan
  • KEBAKARAN

Kilang tayar Batu 9 beroperasi secara haram – MPKS, NREB buka siasatan

Utusan Sarawak 13 hours ago
TIMBALAN Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Daily Joseph bercakap kepada media semasa tinjauan di lokasi kebakaran kilang tayar terpakai di Batu 9, Kota Padawan, hari ini. Foto Adele Rissa 

KOTA PADAWAN: Kilang penyimpanan tayar terpakai di Batu 9, yang terbakar baru-baru ini, disahkan beroperasi secara haram tanpa sebarang lesen atau kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Daily Joseph, berkata lokasi tersebut tidak pernah diberikan sebarang kebenaran operasi serta berada di luar bidang kuasa MPKS untuk mengeluarkan lesen bagi aktiviti penyimpanan tayar.

“Tempat longgokkan tayar ini tidak berlesen dan beroperasi secara haram. MPKS juga tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen bagi operasi seumpama itu,” katanya semasa ditemui media dalam tinjauan di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Katanya, walaupun MPKS mempunyai kuasa terhad dalam aspek penguatkuasaan, pihaknya telah memantau kawasan berkenaan sejak 2009 susulan aduan penduduk setempat berkaitan kebersihan dan risiko kesihatan awam.

“Kami telah lama memantau kawasan ini. Sebelum ini, terdapat aduan mengenai longgokan tayar yang menjadi tempat pembiakan nyamuk, dan kami bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Samarahan untuk menangani isu tersebut,” ujarnya.

Daily berkata, pihaknya akan terus memantau kawasan terbabit dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kejadian kebakaran itu tidak menimbulkan risiko kesihatan atau pencemaran alam sekitar.

“Selepas ini, kami akan terus bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan termasuk Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta Jabatan Kesihatan bagi tindakan susulan dan operasi penguatkuasaan bersama,” tambahnya.

PENOLONG Pengawal Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Dau Utau bercakap kepada media mengenai siasatan berhubung operasi haram kilang tayar terpakai di Batu 9, Kota Padawan, hari ini. Foto Adele Rissa

Sementara itu, Penolong Pengawal NREB, Dau Utau, memaklumkan pihaknya tidak pernah menerima sebarang permohonan atau laporan rasmi mengenai operasi kilang tayar berkenaan sebelum kebakaran berlaku.

“Kilang ini tidak pernah memohon permit atau kelulusan untuk dijadikan premis penyimpanan tayar terpakai. Kami juga tidak menerima maklumat daripada orang awam atau mana-mana agensi lain mengenainya,” katanya.

KEADAAN kawasan kilang tayar terpakai di Batu 9 yang terbakar baru-baru ini, menyebabkan longgokan tayar hangus dan mencemarkan udara di sekitar kawasan tersebut. Foto Adele Rissa

Beliau berkata, pihak NREB telah berada di lokasi kejadian pada 30 Oktober sekitar 10.00 pagi, dua jam selepas dimaklumkan mengenai insiden berkenaan.

“Kami akan membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya di bawah Natural Resources and Environment (Collection and Disposal of Used Tires) Rules, 2012,” jelasnya.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Stor penyimpanan perabot di Taman Muhibbah terbakar 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.