Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kilang Press Metal Samalaju dilanda kebakaran, tiada mangsa cedera
  • KEBAKARAN

Kilang Press Metal Samalaju dilanda kebakaran, tiada mangsa cedera

Utusan Sarawak 22 hours ago
PADAM…Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran di kilang Press Metal Samalaju, pagi tadi. Foto BBP Samalaju

BINTULU: Tempat penyimpanan minyak diesel di kilang Press Metal Samalaju terbakar pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 11.24 pagi.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak 24 kilometer (km) dari balai.

PADAM…Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran di kilang Press Metal Samalaju, pagi tadi. Foto BBP Samalaju

“Setibanya di lokasi didapati kebakaran melibatkan ‘Cast House’, tempat penyimpanan minyak diesel kilang tersebut.

“Kebakaran berjaya dikawal oleh Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) kilang sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya.

Beliau berkata, Pasukan ERT kilang bertindak membuat pemadaman awal menggunakan empat aliran 400 kaki dan empat pancutan untuk mengawal kebakaran.

“Pasukan bomba bertindak membuat pemadaman menggunakkan satu aliran 200 kaki satu pancutan buih dari pam jentera dan sumber air pili bomba untuk mengawal dan memadam kebakaran.

“Anggaran keluasan yang terbakar dalam 107×258 kaki persegi dan anggaran peratusan kemusnahan dalam 100 peratus,” katanya.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu dan operasi tamat 12.46 tengah hari. Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.