Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kilang plastik musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Yong
  • KEBAKARAN

Kilang plastik musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Yong

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KEADAAN kebakaran yang berlaku di sebuah kilang pembuatan plastik di Jalan Stephen Yong, malam tadi.
Foto PGO JBPM Sarawak

KUCHING: Sebuah kilang pembuatan plastik di Jalan Stephen Yong musnah dalam satu kebakaran besar malam tadi, melibatkan kemusnahan sepenuhnya struktur bangunan seluas lebih 160 kaki persegi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.52 malam, sebelum jentera pertama tiba di lokasi kejadian pada 10.12 malam.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah kilang plastik berstruktur tidak kekal yang sedang terbakar hampir keseluruhannya.

“Operasi pemadaman segera dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 300 kaki dengan tiga nozel dari dua jentera, dibantu sumber air terbuka serta tangki air (water tanker),” menurut kenyataan JBPM Sarawak malam tadi.

Operasi itu melibatkan seramai 20 anggota dari tiga balai bomba iaitu Batu Lintang, Padungan dan Tabuan Jaya.

Timbalan Penguasa Bomba II, Mohamad Rafie berkata, tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengelakkan api daripada merebak ke bangunan berhampiran.

“Kami segera melaksanakan teknik pemadaman dan membuat benteng api (fire break) di kawasan kritikal bagi menghalang kebakaran daripada merebak.

“Keadaan ketika itu mencabar kerana struktur kilang diperbuat daripada bahan mudah terbakar menyebabkan api marak dengan cepat.

“Keutamaan kami ialah keselamatan anggota serta mengawal kebakaran daripada menjangkiti kawasan sekitar. Syukur, tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan,” katanya.

Kebakaran berjaya dikawal pada 10.57 malam, namun kerja-kerja susulan diteruskan sehingga pagi ini bagi memastikan tiada sisa bara yang boleh mencetuskan nyalaan semula.

JBPM Sarawak turut memaklumkan siasatan berhubung punca kejadian sedang dijalankan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Oleh Masrin Affirah

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: 45 penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Belaga
Next: Sebuah mesin pembuat arang terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.