Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kilang kayu musnah 70 peratus dalam kebakaran di Batu 11
  • KEBAKARAN

Kilang kayu musnah 70 peratus dalam kebakaran di Batu 11

Utusan Sarawak 8 hours ago
Sebuah kilang kayu di Jalan Taman Kota Padawan, Batu 11, musnah kira-kira 70 peratus selepas dilanda kebakaran, malam ini.

KUCHING: Sebuah kilang kayu di Jalan Taman Kota Padawan, Batu 11, musnah kira-kira 70 peratus selepas terbakar dalam satu insiden kebakaran malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pusat gerakan menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.08 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan bersama bantuan dari BBP Kota Sentosa dan BBP Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada 8.27 malam, komander operasi PBK I Ahmad Shah melaporkan kebakaran melibatkan sebuah kilang kayu yang telah terbakar 70 peratus,” katanya dalam sebuah kenyataan, hari ini.

Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki dengan teknik pam bersiri dari pam angkut ke pam jentera menggunakan sumber air dari pili berhampiran.

Sebuah kilang kayu di Jalan Taman Kota Padawan, Batu 11, musnah kira-kira 70 peratus selepas dilanda kebakaran, malam ini.

Tambahnya, keluasan kilang dianggarkan 80 kali 80 kaki persegi dan operasi pemadaman berjaya dikawal pada 8.47 malam.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan kerja baik pulih menyeluruh turut dijalankan bagi memastikan tiada lagi sisa api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Seramai 15 anggota dengan kekuatan dua jentera FRT, satu CFRT, satu EMRS dan satu tangki air terlibat dalam operasi berkenaan.

Punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tragedi kebakaran di Long Loyang: Lelaki 30 tahun rentung, seorang lagi cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.