
BINTANGOR: Tindakan pantas anggota bomba berjaya membuka pintu sebuah kereta yang terkunci dalam operasi khidmat khas yang dijalankan awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pintu kereta terkunci pada 1.21 pagi.
“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta milik pengadu telah terkunci di parkir depan salah sebuah kedai makan.
“Operasi membuka pintu kereta terkunci dimulakan pada 1.25 pagi dengan kekuatan tiga anggota bomba yang diketuai oleh Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Gara Ensonin,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, pintu kereta dibuka menggunakan peralatan khas.
“Anggota bomba menggunakan alat khas untuk membuka pintu kereta pengadu bagi memastikan keadaan dapat diselesaikan dengan selamat.
“Pintu kereta berjaya dibuka dalam tempoh lebih kurang 12 minit. Khidmat khas selesai sepenuhnya pada 1.37 pagi,” katanya.
Oleh Earl Anek