Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Khidmat jagaan kanak-kanak untuk pelancong asing dapat sambutan di Jepun
  • GLOBAL

Khidmat jagaan kanak-kanak untuk pelancong asing dapat sambutan di Jepun

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan.

TOKYO, Jepun: Perkhidmatan penjagaan kanak-kanak untuk pelancong asing semakin mendapat sambutan di Jepun, didorong oleh permintaan dalam kalangan keluarga yang ingin menikmati pengalaman melancong tanpa kekangan menjaga anak kecil, lapor Agensi Berita Kyodo.

Sesetengah perkhidmatan turut menawarkan program interaktif untuk kanak-kanak, membolehkan ibu bapa dan anak-anak menikmati pengalaman masing-masing secara berasingan. Trend ini mencerminkan kepelbagaian keperluan pelancong seiring peningkatan ketibaan pelawat ke Jepun.

Pada akhir November, Kelvin Young yang melancong dari California bersama keluarganya meninggalkan dua anak perempuannya yang berusia lima dan dua tahun di bawah jagaan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di hotel mereka.

Sepanjang kira-kira empat jam, beliau dan isterinya menikmati kunjungan ke sebuah restoran sushi mewah di Tokyo yang kurang sesuai untuk kanak-kanak. Keesokan harinya, anak-anak mereka teruja menunjukkan hasil kraf tangan yang dihasilkan sepanjang tempoh tersebut.

Perkhidmatan penjagaan kanak-kanak itu disediakan oleh Synk Inc., sebuah syarikat berpangkalan di Kamakura, Wilayah Kanagawa, yang menggaji sembilan penjaga kanak-kanak bertauliah berbahasa Inggeris serta seorang jururawat.

Syarikat itu telah mengendalikan lebih 50 tempahan sejak melancarkan perkhidmatan berkenaan pada April 2025, dengan bayaran bermula daripada 54,000 yen (AS$350) bagi tempoh tiga jam.

Selain penjagaan kanak-kanak di hotel dan aktiviti luar, Synk turut menawarkan program seperti meditasi Zen di kuil dan lawatan ke tadika tempatan Jepun.

“Dengan menyediakan pengalaman khusus kepada kanak-kanak, kami mahu ibu bapa dapat menikmati masa mereka tanpa kebimbangan,” kata Presiden Synk, Saya Sugahara.

Sementara itu, syarikat penjagaan kanak-kanak utama berpangkalan di Tokyo, Poppins Corp., turut meningkatkan pengambilan penjaga kanak-kanak berbahasa asing sejak musim bunga 2025. Hotel Nagoya Marriott Associa pula mula menawarkan perkhidmatan tempahan penjagaan kanak-kanak secara dalam talian kepada para tetamu.

Menurut data kerajaan, kira-kira 36.8 juta pelawat asing mengunjungi Jepun pada 2024, dengan sekitar 690,000 daripadanya berusia empat tahun atau ke bawah.

Seorang penyelidik kanan di Yayasan Pelancongan Jepun, Akane Kakishima, berkata perkhidmatan seperti ini “berpotensi merancakkan ekonomi waktu malam”, memandangkan pelancong yang membawa anak kecil lazimnya mempunyai had dalam aktiviti mereka.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 13 maut, 98 cedera dalam nahas kereta api di Mexico

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.