Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Khidmat Bergerak Parlimen Miri semarak semangat Hari Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Khidmat Bergerak Parlimen Miri semarak semangat Hari Sarawak

Utusan Sarawak 15 hours ago

AGIH…Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mengagihkan bendera Sarawak kepada pengunjung sebuah kedai kopi di Pusat Komersial Pelita di sini.

MIRI: Pasukan Pusat Khidmat Parlimen P.219 Miri telah turun padang bagi melaksanakan Program Kaunter Khidmat Bergerak sempena sambutan Hari Sarawak yang bakal diraikan pada 22 Julai ini.

Program berkenaan diadakan di sebuah kedai kopi di Pusat Komersial Pelita, sekali gus memberi peluang kepada wakil rakyat untuk berinteraksi secara langsung bersama penduduk setempat dalam suasana santai.

Menurut Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man, program ini bukan sahaja bertujuan mengedarkan bendera Sarawak sebagai menyemarakkan semangat patriotisme, malah menjadi wadah untuk mendengar isu, cadangan dan aduan daripada rakyat secara terus.

“Program ini amat bermakna kerana ia membolehkan perkhidmatan Parlimen dibawa terus ke tengah masyarakat tanpa mengira latar belakang atau lokasi. Pendekatan turun padang secara bersemuka ini lebih efektif dalam membina kepercayaan dan memahami realiti kehidupan rakyat,” katanya.

“Dalam suasana santai di kafe tempatan, kami dapat merasai denyut nadi rakyat dengan lebih dekat dan terus menyampaikan bantuan maklumat serta khidmat nasihat yang diperlukan,”katanya di sini.

Chiew menegaskan bahawa prinsip keterbukaan dan keprihatinan terhadap suara rakyat menjadi asas kepimpinannya di Miri.

“Justeru, saya amat menghargai semua pandangan dan aduan yang telah dikongsi oleh pengunjung sepanjang program ini berlangsung.

“Harapan saya ialah agar rakyat Miri terus berani bersuara, menyampaikan keperluan dan bekerjasama dalam menjadikan Parlimen Miri sebagai kawasan yang maju, inklusif dan sejahtera untuk semua,”katanya

Beliau turut mengajak seluruh warga Miri untuk mengibarkan bendera Sarawak dengan penuh rasa bangga dan cinta terhadap negeri ini menjelang sambutan Hari Sarawak akan datang.

“Semangat patriotik dan perpaduan harus terus disemai dalam kalangan generasi muda agar kesinambungan kecintaan kepada tanah air ini tidak pernah pudar,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Muddy water woes at Green Road not solve for over a month, says Wong King Yii
Next: Najis tikus ditemui, premis makanan di Bintulu ditutup 14 hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.