Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Khidmat Bergerak dekati rakyat Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Khidmat Bergerak dekati rakyat Miri

Utusan Sarawak 10 hours ago
TURUN PADANG…Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mendekati masyarakat setempat menerusi Kaunter Khidmat Bergerak di sebuah kedai kopi di Miri.

MIRI: Usaha mendekati rakyat terus dipergiat apabila Pejabat Parlimen Miri menganjurkan Program Kaunter Khidmat Bergerak di sebuah kedai kopi di sini, baru-baru ini.

Program yang berlangsung bermula 8.00 pagi hingga 10.00 pagi itu bertujuan memberikan akses mudah kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan berkaitan bantuan kerajaan serta kebajikan awam.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, pelaksanaan program berkonsepkan turun padang itu memberi peluang kepada penduduk untuk berurusan secara terus dengan pasukan Parlimen tanpa perlu hadir ke pejabat utama.

“Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk penerimaan aduan awam, bantuan kebajikan, permohonan Kenyalang Gold Card, semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), selain khidmat nasihat berkaitan isu setempat,” katanya.

Menurut Chiew, program sebegini bukan sahaja memudahkan rakyat menyampaikan pandangan dan aduan, malah membantu mereka mendapatkan maklumat yang tepat mengenai pelbagai urusan kerajaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri akan memperluas program berkenaan ke kawasan lain secara berperingkat bagi memastikan lebih ramai penduduk menerima manfaat.

“Melalui kaunter bergerak seperti ini, saya dapat mendengar sendiri suara rakyat di lapangan serta pandangan mereka terhadap isu semasa dan dasar kerajaan.

“Ia juga menjadi wadah penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan lebih inklusif dan mesra rakyat,” tambahnya.

Selain itu, beliau berkata program susulan seperti taklimat bersama agensi kerajaan dan khidmat nasihat perundangan turut dirancang bagi memenuhi keperluan masyarakat pelbagai lapisan di sekitar Miri.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hospital Bintulu mohon bantu kesan waris pesakit wanita
Next: Pay & Go kendali Sistem Parkir Pintar Kuching mulai 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.