Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Khemah Cafe tampilkan acara seni ‘indie’ raikan Hari Sarawak
  • HIBURAN

Khemah Cafe tampilkan acara seni ‘indie’ raikan Hari Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
POSTER KHEMAH I.N.D.I.E.P.E.N.D.E.N.C.E DAY

KUCHING: Bersempena sambutan ulang tahun ke-62 kemerdekaan Sarawak, sebuah acara seni alternatif bertajuk KHEMAH I.N.D.I.E.P.E.N.D.E.N.C.E DAY bakal diadakan di Khemah Cafe, Jalan Dagok Timur, pada 22 Julai ini bermula 8.30 malam.

Acara anjuran bersama Khemah Cafe dan KolabBasi: Kumpulan Tidak Konsistan (KromaKuning) itu akan menghimpunkan barisan artis tempatan dari gelanggang muzik bebas (indie) Sarawak, antaranya Wan Purong, Lydbie, Akmal Kamisly dan Adruce Azman.

Mengangkat konsep kebebasan dalam berkarya, acara tersebut menggabungkan elemen kemerdekaan dan ekspresi seni bebas sebagai satu bentuk penghargaan kepada semangat ‘indie’ dalam kalangan generasi muda.

Menurut penganjur, keseluruhan pengurusan acara dilaksanakan secara kolektif dan sukarela, berteraskan semangat ‘do-it-yourself’ (DIY) yang menjadi tunjang utama gerakan seni bebas di Borneo.

Pengunjung juga digalakkan hadir dengan pakaian bertemakan ‘camping vibes’ bagi menikmati promosi minuman istimewa yang ditawarkan sepanjang malam tersebut.

Kemasukan adalah percuma serta tiada pendaftaran awal diperlukan.

KolabBasi merupakan inisiatif kolektif anak muda Sarawak dalam bidang muzik, visual, penulisan dan aktivisme komuniti, manakala Khemah Cafe dikenali sebagai lokasi alternatif bagi pelbagai acara seni kreatif di Kuching.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Mohamad Daud juara Sayembara Puisi Kemerdekaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.