
BINTANGOR: Ikan seberat 0.6 kilogram membawa tuah kepada Khatifah Remi apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan memancing sempena Pesta Meradong 2025 anjuran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor di tebingan Sungai Bintangor, semalam.
Pertandingan yang bermula pada 7.30 pagi itu menarik penyertaan seramai 84 peserta.
Tempat kedua dimenangi oleh Dyg Norasimah Abg Mohd dengan tangkapan ikan seberat 0.39 kilogram, membawa pulang wang tunai RM350, peralatan memancing dan trofi.

Tempat ketiga disandang oleh Awangku Saifuddin dengan tangkapan 0.37 kilogram, membawa pulang RM200, peralatan memancing dan trofi.
Tempat keempat milik Suhaili (0.364kg) menerima RM150 beserta peralatan memancing, manakala Stallone Ngadan berkongsi tangkapan sama (0.364kg) di tempat kelima, membawa pulang RM100 dan peralatan memancing.



FOKUS…Para peserta sedang fokus memancing. Foto BBP Bintangor
Bagi kategori khas, Wong Huong Soon memenangi kategori terpantas selepas menaikkan ikan dalam masa tiga minit, manakala Wong Siong Ying menggondol kategori tangkapan terbanyak dengan 16 ekor ikan. Kedua-dua pemenang menerima RM100 dan peralatan memancing.
Turut diadakan adalah cabutan bertuah hadiah berupa peralatan memancing sumbangan Fish Talk General Trading yang telah dimenangi oleh empat orang peserta memancing bertuah.
Majlis ringkas penutupan pertandingan memancing dirasmikan oleh Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffery Kendawang.
Beliau bersama Pengurus Fish Talk General Trading, Yii Chii Huat dan Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Oleh Earl Anek