Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Khai Xing-Aaron enggan dibuai kejayaan raih dua gelaran berturut-turut
  • SUKAN

Khai Xing-Aaron enggan dibuai kejayaan raih dua gelaran berturut-turut

Utusan Sarawak 5 hours ago
KHAI Xing-Aaron tetap fokus walaupun raih dua gelaran berturut-turut, tekad terus asah permainan demi bersaing di pentas dunia.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai enggan dibuai kejayaan memenangi Kejohanan Antarabangsa Syed Modi dan Masters Guwahati yang berlangsung di India baru-baru ini.

Khai Xing berkata meskipun gembira dengan kemenangan itu, beliau dan Aaron masih perlu berusaha keras bagi meningkatkan permainan ke tahap lebih konsisten untuk bersaing dengan beregu handalan dunia.

“Saya sangat gembira dengan kejayaan menjuarai dua kejohanan berturut-turut kerana ia sangat bermakna untuk kami. Kemenangan ini menambah keyakinan dan membantu meningkatkan ranking kami.

“Saya rasa kami masih perlu banyak berlatih dan terus membina keyakinan untuk bersaing dengan pasangan 10 terbaik dunia,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam.

Bekas juara remaja dunia itu berjaya meraih gelaran ketiga mereka musim ini selepas menumbangkan gandingan India Pruthvi Krishnamurthy Roy-Krishnaprasad Sai Pratheek 21-13, 21-18 di final Masters Guwahati pada Ahad.

Selepas ini, Khai Xing-Aaron akan turun beraksi di kejohanan Masters Odisha bermula hari ini hingga 14 Disember dalam misi memburu gelaran hatrik.- Bernama

Continue Reading

Previous: Slot ketepikan Salah ke Milan
Next: 20 pasukan berentap di Bola Sepak 7 Sebelah KASUS Meradong 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.