Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KFNC bakal diadakan di Krian pada 15-16 November ini
  • Selatan
  • WILAYAH

KFNC bakal diadakan di Krian pada 15-16 November ini

Utusan Sarawak 1 day ago
FRIDAY menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penganjuran KFNC 2025 yang dipengerusikan oelg Mohamad Dino Amid di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

SARATOK: Festival Cabaran Alam Semulajadi Krian (KFNC) 2025 bakal berlangsung pada 15 hingga 16 November ini dengan mengetengahkan tiga acara utama iaitu Larian Alam Semula Jadi Krian, Jambori Basikal Lasak (MTB) Krian edisi ketiga, dan Rakit Sungai Krian.

Bertemakan ‘Alam Semulajadi, Pengembaraan dan Budaya Dalam Keharmonian’, festival itu dijangka menjadi tarikan besar bukan sahaja kepada peserta tempatan, malah juga dari luar Bahagian Betong. 

Ketiga-tiga acara berprestij tersebut turut menawarkan hadiah wang tunai lumayan sebagai galakan penyertaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, penganjuran KFNC 2025 mampu mempromosikan potensi pelancongan semula jadi daerah ini selain menggalakkan gaya hidup sihat dan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penganjuran KFNC 2025 yang dipengerusikan Pegawai Daerah Saratok, Mohamad Dino Amid di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, kelmarin.

FRIDAY menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penganjuran KFNC 2025 yang dipengerusikan oelg Mohamad Dino Amid di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok, kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

Friday menjelaskan, festival ini diharap dapat menjadi platform tahunan untuk memperkukuh keharmonian masyarakat, memelihara alam semula jadi, serta memperkenalkan Saratok khususnya Krian sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam sekitar.

Turut hadir Senator Pele Peter Tinggom, wakil Residen Bahagian Betong, ketua-ketua jabatan, serta ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK).

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mid-Autumn Festival highlights unity and cultural exchange
Next: ADUN Krian gesa percepat pembinaan Pusat Pentadbiran baharu di Nanga Budu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.