Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Kez Zara Qairina: Dua guru beri keterangan pada hari pertama perbicaraan lima remaja
  • MAHKAMAH

Kez Zara Qairina: Dua guru beri keterangan pada hari pertama perbicaraan lima remaja

Utusan Sarawak 4 hours ago
DUA guru SMKA Tun Datu Mustapha tampil memberi keterangan hari ini pada hari pertama perbicaraan di Mahkamah Kanak-Kanak melibatkan lima remaja perempuan yang didakwa menggunakan perkataan mencela terhadap pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

KOTA KINABALU: Dua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha tampil memberi keterangan hari ini pada hari pertama perbicaraan di Mahkamah Kanak-Kanak melibatkan lima remaja perempuan yang didakwa menggunakan perkataan mencela terhadap pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim itu dijalankan secara tertutup.

Menurut Pendaftar Mahkamah, seorang daripada mereka ialah guru akademik manakala seorang lagi berkhidmat sebagai guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

Pemeriksaan balas terhadap saksi kedua dijadualkan bersambung esok.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad dengan dibantu Nik Haslinie Hashim, Husni Fairos Ramly dan Deepa Nair Thevaharan. 

Peguam Datuk Ram Sing mewakili tertuduh pertama manakala empat remaja lain diwakili peguam Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar, Fareez Salleh dan Sylyester Kuan.

Pada 20 Ogos lepas, lima remaja perempuan yang dihadapkan di Mahkamah Kanak-Kanak itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina, Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah itu pada pagi 16 Julai.

-Bernama  

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Inkues Zara Qairina, orang ramai diingatkan elak keluarkan komen – Koroner

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.