Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Kewajiban melunaskan hutang
  • RENCANA

Kewajiban melunaskan hutang

Utusan Sarawak 1 day ago
PENIAGA Normahayu Mohd Noor membungkus keropok kering untuk dijual kepada pelanggan, semasa tinjauan FotoBernama di Pasar Kedai Payang baru-baru ini. Foto BERNAMA

DOSA terdapat dua bahagian pertama dosa dengan Tuhan kemudian dosa sesama manusia. Apabila kita berbicara tentang dosa kepada Tuhan maka kita harus memohon keampunan kepada-Nya agar dosa kita dapat diampunkan.

Namun apabila kita melihat sudut dosa sesama manusia maka ianya juga perlu meminta keampunan kepada manusia tersebut agar dosa kita dimaafkan olehnya.

Hutang merupakan satu muamalat yang dibenarkan dalam islam selagi ianya tidak mendatangkan mudarat kepada diri kita dan kepada pemberi hutang.

Mendatangkan mudarat kepada diri sendiri seperti contoh kita berhutang dengan ceti haram atau ah long sehingga boleh mendatangkan bahaya terhadap diri sendiri serta keluarga terdekat.

Manakala mendatangkan mudarat kepada si pemberi hutang ialah seperti kita melambatkan pembayaran hutang tersebut dalam keadaan dia memerlukan wang demi kelangsungan hidup atau kita meminjam dengan niat untuk tidak membayar semula wang tersebut.

Maka kedua-dua tindakan tersebut adalah satu kezaliman terhadap si pemberi hutang. Haruslah kita ingat bahawasanya kezaliman adalah satu perbuatan yang tidak disukai oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar).” (Surah al-Baqarah: 282)

Pada masa yang sama seseorang yang berhutang itu hendaklah berniat untuk membayar hutangnya semula jikalau tidak maka ianya adalah satu dosa terhadap saudara kita.

Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dengan tujuan untuk membayarnya (mengembalikannya), maka Allah akan tunaikan untuknya. Dan sesiapa yang mengambilnya untuk tujuan tidak melunasinya, maka Allah akan membinasakannya.” (hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa sahaja yang berhutang lalu berniat untuk tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) sebagai pencuri.” (hadis riwayat Ibnu Majah)

ROH TERGANTUNG

Terdapat beberapa hadis yang memberi ancaman termasuklah ancaman roh dan amalan yang tergantung bagi golongan yang tidak membayar hutang khususnya mereka yang berkemampuan tetapi sengaja tidak mahu membayarnya. Namun apakah yang dimaksudkan dengan ruh tergantung sebagaimana terhadap dalam hadis-hadis?

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya. (Riwayat al-Tirmizi)

Maka para imam telah mensyarahkan hadis tersebut dan menghuraikan makna ruh tergantung. Antaranya imam al-Suyuthi ketika mensyarahkan hadis di atas menyebut bahawa kedudukan mereka yang hutangnya masih tidak selesai di dunia akan tertahan daripada menduduki tempat yang mulia di akhirat.

Kemudian al-Hafiz al-Iraqi pula memberi penjelasan bahawa proses penghakiman akan terhenti seketika dari sudut tiada hukuman kebinasaan ataupun ganjaran keselamatan sehinggalah di akhir nanti dilihat sama ada terdapat orang yang menyelesaikan bagi pihak dirinya ataupun tidak. (Rujuk: Tuhfah al-Ahwazi)

Oleh itu, ancaman terhadap hutang amatlah berat dan terlalu banyak pesanan Baginda AS kepada kita semua. Supaya kita tidak memandang perkara remeh terhadap hutang kita terhadap orang lain.

Bahkan amat digalakkan kita agar sentiasa memaklumkan hutang kita kepada anak-anak, adik-beradik dan keluarga terdekat supaya jikalau terjadi sesuatu hutang kita tetap dapat dilunaskan oleh mereka dengan harta peninggalan atau apa sahaja harta yang kita miliki sebelum ini.

Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka di hari Akhirat tidak ada lagi urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikan dan dosa kemaksiatan. (hadis riwayat Abu Daud)

Sifat tegas Saidina Umar al-Khattab

SEPERTI yang kita ketahui, Saidina Umar bin al-Khattab memiliki sifat yang tegas, garang dan perwatakkannya agak keras dan kasar.

Sifat ini sememangnya telah wujud dalam dirinya sejak sebelum memeluk Islam lagi. Ini adalah sifat asal yang ada dalam dirinya. Namun apabila memeluk Islam, beliau telah menggunakan sifatnya itu untuk menegakkan kebenaran.

Dengan sebab itu, Rasulullah SAW sedemikian: pernah bersabda Dari Anas, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang paling penyayang di kalangan umatku adalah Abu Bakar, yang paling tegas dalam menegakkan agama Allah adalah Umar, yang paling pemalu adalah Uthman, yang paling mengetahui tentang halal dan haram adalah Muadz bin Jabal, yang paling bagus bacaan al-Quran adalah Ubay bin Kaab dan yang paling mengetahui tentang ilmu faraidh adalah Zaid bin Thabit.

Setiap umat mempunyai seorang yang terpercaya dan orang yang terpercaya di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah”. (Riwayat Ahmad)

Saidina Umar bin al-Khattab sangat keras terhadap perkara-perkara yang batil. Beliau juga sangat keras terhadap musuh-musuh Allah SWT.

Oleh itu, kita dapat melihat dengan jelas tentang sikap Saidina Umar bin al-Khattab dalam hal-hal seperti itu. Sebagai contoh, Saidina Umar bin al-Khattab pernah mencadangkan agar tawanan perang Badar dibunuh.

Beliau juga menyarankan kepada Rasulullah SAW agar tidak mensolatkan jenazah Abdullah bin Ubay (ketua orang munafik).

Ketika Hatib bin Abi Balthaah ingin mengutuskan surat kepada penduduk Mekah bagi memaklumkan kedatangan tentera Islam ke Makkah, Saidina Umar bin al-Khattab bertegas mahu membunuhnya.

Begitu juga dengan orang-orang yang menentang Rasulullah SAW, Saidina Umar bin al-Khattab mengambil pendekatan yang sangat agresif sehinggakan musuh-musuh Allah SWT takut kepadanya.

Sifat garang, tegas dan kerasnya itu bukan sahaja ditakuti oleh musuh-musuh Allah SWT, malah para sahabat juga takut dan segan dengan Saidina Umar bin al-Khattab.

Walaupun Saidina Umar bin al-Khattab memiliki watak yang keras, namun kekerasan yang ada pada dirinya tidak dilakukan dengan melebihi batas atau secara melampau. Beliau menunjukkan sikap kerasnya kerana kebenaran. Malah sifat keras dan garangnya itu mudah dilunakkan dengan menyebut ayat-ayat Allah SWT.

Ini kerana hati Saidina Umar bin al-Khattab mudah tersentuh dengan ayat-ayat al-Quran.

Oleh Hanzalah Azman

Continue Reading

Previous: Ikut fakta dan jangan ikut emosi
Next: Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.