Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Kevin Lau sertai ‘Go Bald’ sempena Hari Bapa, sokong anak-anak pesakit kanser
  • INSPIRASI

Kevin Lau sertai ‘Go Bald’ sempena Hari Bapa, sokong anak-anak pesakit kanser

Utusan Sarawak 17 hours ago
KEVIN LAU…..Mengorbankan rambutnya untuk dicukur botak dalam usaha menyokong kempen `Go Bald’ anjuran SCCS di salah sebuah hotel terkemuka, di sini petang tadi.

SIBU: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau sanggup mencukur rambutnya sebagai tanda sokongan terhadap kempen ‘Go Bald’ anjuran Pertubuhan Kanser Kanak-kanak Sarawak (SCCS) dalam satu acara yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, petang tadi.

Lau menzahirkan penghargaan tidak terhingga kepada Penasihat Kehormat SCCS, Datin Patinggi Puan Sri Datuk Wira Lorna Enan Muloon Chan, serta pihak SCCS atas peluang yang diberikan kepadanya untuk menyertai inisiatif yang disifatkannya sebagai amat bermakna dan penuh nilai kemanusiaan.

“Bersempena Hari Bapa, acara ini memberi erti yang sangat mendalam. Ia mengingatkan kita tentang kekuatan seorang ibu dan bapa,” katanya kepada pemberita.

“Melalui penyertaan dalam Go Bald, kita bukan sahaja mengumpul dana, tetapi turut menyuntik harapan dan semangat kepada anak-anak pesakit kanser serta keluarga mereka agar terus kuat menghadapi dugaan.”

Mengimbas kembali penglibatannya dalam kerja-kerja komuniti berkaitan kesihatan, Lau berkata semangatnya bermula ketika menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pelawat di Hospital Sibu beberapa tahun lalu.

“Sepanjang tempoh itu, saya menyaksikan sendiri cabaran hebat yang dihadapi keluarga pesakit kanser kanak-kanak, terutama yang terpaksa berulang-alik jauh dari Sibu ke Kuching atau Kuala Lumpur untuk rawatan.

“Saya masih ingat banyak permintaan daripada pihak hospital untuk bantuan dana kos pengangkutan. Pertemuan dengan ibu bapa dan mendengar kisah mereka sangat menyentuh hati saya.”

Lau mengakui bahawa tindakan mencukur rambut bukanlah sesuatu yang mudah.

“Pada awalnya saya rasa gugup dan takut. Tetapi apabila kita membayangkan penderitaan yang ditanggung anak-anak ini, kita akan mendapat keberanian untuk melakukan sesuatu yang kecil tetapi penuh makna.”

Beliau menjelaskan keputusannya menyertai Go Bald tahun ini tercetus selepas bertemu dengan Lorna.

“Walaupun saya pernah menyokong sektor kesihatan sebelum ini, ini merupakan kali pertama saya terlibat secara langsung dengan SCCS. Saya percaya tiada istilah terlambat untuk menyertai perjuangan yang baik.”

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk terus menyertai kempen ini pada masa akan datang.

“Saya berharap lebih ramai tampil ke hadapan. Ini bukan tentang saya, tetapi tentang memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk menunjukkan keberanian yang sama demi menyokong anak-anak ini.”

Sementara itu, Lorna merakamkan penghargaan kepada Lau atas komitmen dan keberaniannya menyertai kempen tersebut.

“Ramai ibu bapa kepada pesakit kanser kanak-kanak juga sanggup mencukur rambut mereka demi menunjukkan sokongan kepada anak-anak. Go Bald terbukti berkesan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat,” katanya.

Menurutnya lagi, perubahan gaya rambut seperti ini mampu mencetuskan perbualan yang membawa kepada kesedaran.

“Bila seseorang yang biasanya berambut pendek membiarkan rambut tumbuh panjang selama setahun, kemudian mencukurnya, orang akan bertanya, ‘Awak sihat ke?’ atau ‘Kenapa cukur rambut?’ Di situlah kesedaran mula tercetus.

“Kini, Kevin Lau adalah antara individu di Sibu, malah di Sarawak yang memperjuangkan kesedaran tentang kanser kanak-kanak melalui tindakan simbolik ini.”

Oleh Akun Giman

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Hari Bapa: Wira senyap di sebalik kejayaan anak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.