BEIJING: Pengeluar utama dunia bagi kategori kenderaan tenaga baharu atau kereta elektrik (EV) dan bateri, BYD, mencatatkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak tiga kali ganda berdasarkan rekod permintaan pada separuh suku pertama tahun ini.
BYD dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham Hong Kong berkata keuntungan bersih 10.95 bilion yuan ($1.5 bilion) bagi tempoh Januari hingga Jun, meningkat hampir 205 peratus tahun ke tahun.
Hasilnya adalah sejajar dengan anggaran dibuat oleh BYD pada Julai antara 10.5 bilion dan 11.7 bilion yuan.
Jualan setengah tahun juga meningkat secara mendadak tahun ke tahun, meningkat 73 peratus kepada 260.1 bilion yuan.
Permintaan EV telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini di China, yang merupakan pengeluar gas rumah hijau terbesar di dunia secara mutlak.
BYD, yang pelaburnya termasuk AS Warren Buffet, mahu jualannya dikuasai oleh EV dan hibrid menjelang 2035.
Subsidi yang besar membolehkan jualan meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, manakala pengilang tempatan turut membantu merangsang pertumbuhan dalam industri.
“Semasa separuh pertama 2023, pembuat kereta China memanfaatkan peralihan ke arah kenderaan elektrik, pintar dan rangkaian, muncul sebagai pesaing kuat dalam pasaran yang sengit,” kata BYD.
Tambahnya, berdasarkan jumlah jualan kenderaan penumpang, ia menduduki tempat pertama dalam kalangan syarikat kereta di China.
Pada asalnya mengkhusus reka bentuk dan pembuatan bateri yang emudiannya mempelbagaikan syarikat itu ke sektor automotif pada 2003.
Pengeluar kenderaan asing termasuk Tesla, BMW, Mercedes dan Audi, bergantung kepada bateri pengeluaran BYD.
Melepasi 5,000,000 pencapaian dalam pengeluaran kenderaan elektrik, syarikat itu pada bulan ini menjadi pengeluar global pertama menobatkan dirinya sebagai pengeluar terkemuka dunia bagi kenderaan tenaga baharu dan bateri kuasa. – AFP