Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Keunikan kraf hasil ‘sentuhan’ Nancy
  • TEMPATAN

Keunikan kraf hasil ‘sentuhan’ Nancy

Utusan Sarawak 8 months ago
KREATIF… Nancy Lahet Laing menunjukkan produk anyaman yang dijual sempena Karnival Pembangunan Komuniti Perhutanan 2024 Jabatan Hutan Sarawak.

KUCHING: Kekemasan anyaman dan keindahan ukiran corak tradisional yang terpahat pada sesebuah produk anyaman tidak dinafikan menjadi tarikan hingga ramai yang sanggup membeli meskipun harganya mencecah ribuan ringgit.
Proses menghasilkan produk anyaman berasaskan rotan sememangnya tidak mudah dan mengambil sedikit masa kerana melibatkan banyak proses termasuk mencari rotan, membelah, menjemur, merebus rotan bagi menghasilkan warna dan sebagainya.
Menyedari kepayahan komuniti Orang Ulu terutamanya golongan wanita menghasilkan kraf tangan ini, Nancy Lahet Laing, 57, komited untuk menjadi ’jambatan’ yang menghubungkan pengusaha di pedalaman dengan komuniti di bandar.

CANTIK… Antara produk anyaman rotan yang dihasilkan Nancy Lahet Laing.


Menurut wanita yang berasal dari Sungai Asap, Belaga itu, usaha itu dilakukan bukan sahaja untuk menjana pendapatan malah untuk mempromosi produk kraf dengan corak tradisi agar lebih dikenali orang luar.
”Semua kraf tangan yang dipamerkan adalah hasil tangan Orang Ulu seperti kaum Kayan, Penan, Kenyah, Kayan dan lain-lain dari kawasan pedalaman. Semuanya dihasilkan menggunakan bahan pewarna semula jadi dan mempunyai pelbagai teknik anyaman.
”Saya hanya menjadi ’orang tengah’ yang membeli daripada pengusaha bagi membantu mereka mengkomersialkan produk menerusi pelbagai medium dan menjual kembali produk itu kepada orang luar,” ujarnya ketika ditemui Utusan Sarawak semasa Karnival Pembangunan Komuniti Perhutanan 2024 Jabatan Hutan Sarawak.
Antara kraf tangan yang dijual sempena karnival tersebut termasuklah topi rotan, beg anyaman rotan, tikar rotan, kraf tangan berasaskan manik, bakul dan juga tikar lapit.
Menurutnya lagi, selain aktif menyertai karnival atau ekspo sedemikian, dia juga aktif mempromosikan produk menerusi media sosial Facebook, Whatsapp dan sebagainya serta turut menjualnya semasa majlis keramaian.

BEG anyaman rotan dan tikar rotan.


”Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk melakukan perkara kecil seperti ini untuk membantu komuniti kerana usaha seperti ini juga cara untuk saya meneruskan legasi ayah saya sebagai pengusaha kraf.
”Selain itu, penerimaan dan sambutan yang diterima dari para pembeli dan juga pengunjung juga amat menggalakkan dan bahkan ramai daripada mereka tidak tawar-menawar kerana mereka faham proses penghasilannya tidak mudah,” kongsinya.
Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sedia platform jana pendapatan, promosi produk
Next: Kembara Kasih: KPWKM tawar pelbagai perkhidmatan di Sarawak 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.