Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Keunikan budaya Sarawak tarikan pelancongan antarabangsa
  • TEMPATAN

Keunikan budaya Sarawak tarikan pelancongan antarabangsa

Utusan Sarawak 1 day ago
MALAM ASPIRASI WARISAN… Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan ucapan pada Malam Aspirasi Warisan 2025, menekankan kepentingan menghargai dan memelihara warisan budaya Sarawak sebagai aset negara.

PETRA JAYA: Keunikan budaya Sarawak yang pelbagai terus menjadi tarikan utama pelancong, sekali gus mengukuhkan imej negeri sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, negeri ini mempunyai lebih 40 kumpulan sub-etnik yang unik, menjadikannya aman, harmoni dan menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara.

“Sepanjang berada di Kuching, saya menggesa para peserta untuk mendekati khazanah budaya tempatan sama ada melalui makanan tradisional, persembahan seni, interaksi dengan masyarakat atau lawatan ke tapak bersejarah. 

“Saya yakin pengalaman ini akan memberikan kefahaman mendalam mengenai erti hidup dalam kepelbagaian,” katanya ketika merasmikan Malam Aspirasi Warisan 2025 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, bersempena Persidangan Penterjemahan Antarabangsa 2025.

Beliau menekankan kepentingan generasi muda menghargai dan memelihara warisan kebudayaan tempatan sebagai cerminan jati diri bangsa di tengah cabaran globalisasi.

RAKAM KENANGAN… Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama para peserta Persidangan Penterjemahan Antarabangsa 2025 sempena Malam Aspirasi Warisan di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak.

“Pengaruh budaya luar cepat meresap ke dalam jiwa anak-anak kita. Namun, generasi muda perlu tampil sebagai pewaris amanah, memastikan seni, bahasa, adat dan budaya terus malar segar dalam sanubari,” tegasnya.

Beliau juga turut menzahirkan penghargaan kepada penganjur dan peserta persidangan yang telah mewujudkan platform perkongsian ilmu serta memperkukuh kerjasama antara pakar bidang di peringkat serantau dan global.

“Semoga persidangan ini menjadi titik tolak kepada kerjasama lebih erat, inovasi kreatif serta pencapaian ilmu yang lebih cemerlang pada masa hadapan,” tambahnya.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Zero-bullying incentives will breed cover-ups, not safer schools
Next: Sarawak needs a world-class airport, not stopgap expansions, says Wilfred Yap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.