Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Keunikan Air Terjun Tekiwit
  • STAIL

Keunikan Air Terjun Tekiwit

Utusan Sarawak 4 years ago
PENGUNJUNG berpeluang menyelami sendiri kehidupan penduduk di Long Selaan, Baram.

JIKA anda seorang pencinta alam atau seseorang yang akan melakukan apa sahaja untuk melarikan diri dari kesibukan  bandar seketika, anda mungkin boleh mempertimbang untuk pergi ke Air Terjun Tekiwit di Ulu Baram.

Kawasan Ulu Baram yang terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan mempunyai keindahan alam semula jadi dengan flora dan fauna yang masih banyak belum diterokai dan diketahui umum.

Air Terjun Tekiwit, juga dikenali sebagai Air Terjun Segah Selaan, terletak kira-kira 250 kilometer atau enam jam perjalanan dengan kenderaan pacuan empat roda (4WD) dari Miri.

Air terjun ini menjadi semakin popular di kalangan bukan sahaja penduduk tempatan tetapi juga pengunjung dari bahagian lain negara dan juga negara jiran Brunei.

Air Terjun Tekiwit juga digelar sebagai “Hidden Gem”, kerana menawarkan pemandangan hijau dan alam semula jadi yang  cantik.

Air terjun ini sangat unik mempunyai dua air terjun yang berdekatan.

Walaupun kawasan ini tidak begitu popular seperti Gua Niah atau Gua Mulu, semakin ramai pengunjung sanggup meredah jalan selama enam jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) melalui balak untuk sampai ke lokasi.

Bagi anda yang tidak sanggup menggunakan jalan darat, anda boleh menaiki pesawat dari Miri ke Long Akah menggunakan  MASwings.

Selain menikmati keunikan air terjun ini, anda juga boleh melakukan aktiviti memancing.

Sekiranya anda bernasib baik, anda boleh mendapatkan ikan Semah atau ikan Empurau, iaitu sejenis ikan air tawar

yang sangat istimewa di Borneo dan sangat bernilai.

Selain itu, anda boleh melawat kampung-kampung Penan menyelami sendiri kehidupan harian kaum Penan.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke air terjun  ini apabila aktiviti pelanconngan dibenarkan dibuka kelak.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Ganding bahu banteras penyalahgunaan dadah
Next: Berkhidmat sebagai sukarelawan PPV

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.