
LIMBANG: Ketua Polis Daerah Limbang, Supt Parum Niot, bersama pegawai serta anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang dan wakil Kompeni C BN 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Limbang telah mengadakan lawatan kebajikan ke Kampung Bidang, petang semalam.
Lawatan tersebut diadakan bagi menzahirkan ucapan takziah kepada Sjn Joannes Yoyok, anggota BN 12 PGA Miri, atas pemergian ibu kandungnya, mendiang Taris Bungsu, yang meninggal dunia pada 17 November lalu di Hospital Limbang akibat penyakit kanser.
Dalam kunjungan itu, Supt Parum menyampaikan ucapan takziah dan mendoakan agar roh mendiang dicucuri rahmat, selain memohon agar keluarga diberikan kekuatan menghadapi kehilangan tersebut.
Beliau turut menyerahkan sumbangan ikhlas sebagai tanda keprihatinan dan bagi meringankan beban keluarga.
Keluarga berkenaan melahirkan rasa terharu dan berterima kasih atas kehadiran dan sokongan moral yang diberikan oleh KPD Limbang serta warga IPD Limbang.
Lawatan sebegini menggambarkan komitmen pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga kebajikan serta kebajikan pegawai dan anggotanya.
Oleh Adeng Edrus