Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ketua Polis Daerah Betong santuni anggota cedera, tunjuk keprihatinan kebajikan
  • WILAYAH

Ketua Polis Daerah Betong santuni anggota cedera, tunjuk keprihatinan kebajikan

Utusan Sarawak 15 hours ago
KETUA Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek semasa melakukan ziarah terhadap Sarjan Hamni Sini di Kampung Manggut, Spaoh, semalam. Foto IPD Betong

SPAOH: Keprihatinan terhadap kebajikan warga pasukan terus dizahirkan apabila Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek menziarahi Sarjan Hamni Sini di Kampung Manggut, Spaoh, semalam.

Sarjan Hamni yang bertugas di Balai Polis Spaoh kini sedang menjalani rawatan selepas mengalami kecederaan patah tulang di bahagian buku lali.

Lawatan yang berlangsung sekitar 11.00 pagi hingga 1.00 petang itu turut disertai oleh seorang pegawai kanan polis, lima pegawai rendah polis (PRP) serta ahli keluarga.

Kehadiran rombongan tersebut jelas mencerminkan sokongan padu pasukan terhadap anggota yang sedang berdepan ujian kesihatan.

KETUA Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek semasa melakukan ziarah terhadap Sarjan Hamni Sini di Kampung Manggut, Spaoh, semalam. Foto IPD Betong

Dalam kunjungan itu, DSP Wan Mohamad Ali turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada Sarjan Hamni sebagai tanda keprihatinan pihak pengurusan.

Beliau juga memberikan kata-kata semangat bagi membantu meningkatkan motivasi anggota berkenaan agar terus tabah menjalani proses pemulihan.

Inisiatif tersebut membuktikan komitmen berterusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan warganya sentiasa terpelihara.

Sementara itu, pihak keluarga Sarjan Hamni merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan serta sumbangan yang diberikan oleh pihak IPD Betong.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita PPWS tonggak pembangunan komuniti di Kabong
Next: Penambahan 43 jawatan KMKK di Limbang bagi imbangi pertambahan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.