Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ketua Pemuda PRS Dudong sokong Christopher Gira tanding jawatan Ketua Pemuda PRS
  • Tengah
  • WILAYAH

Ketua Pemuda PRS Dudong sokong Christopher Gira tanding jawatan Ketua Pemuda PRS

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KETUA Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Dudong, Kelvin Ensan Kieh.


SIBU: Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Dudong, Kelvin Ensan Kieh, menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan Majlis Tertinggi parti agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang, bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda PRS.

Menurut beliau, pencalonan Christopher Gira adalah langkah tepat bagi memperkukuh barisan kepimpinan sayap pemuda parti menjelang Mesyuarat Tri-Tahunan (TDC) PRS yang dijadual berlangsung dari 18 hingga 19 Oktober ini.


Kelvin berkata Gira, yang merupakan Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan (PEPC), mempunyai pengalaman luas selain aktif turun padang menyantuni rakyat termasuk golongan belia.

“Gira membawa kombinasi pengalaman teknikal dan keusahawanan, kebijaksanaan strategi pembangunan serta sokongan akar umbi yang kuat, sekali gus mampu memperkasakan lagi sayap Pemuda PRS.

“Saya yakin kepimpinan beliau dapat memperluaskan penyertaan belia untuk menyumbang secara aktif dalam parti, khususnya dalam memperjuangkan isu pembangunan, pendidikan, digitalisasi dan peluang ekonomi bagi penduduk luar bandar serta pedalaman Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan Gira menunjukkan kesediaan dan komitmen tinggi untuk memimpin Pemuda PRS dengan kelantangan, integriti dan visi jelas.

“Pemuda PRS memerlukan pemimpin yang memahami aspirasi generasi muda serta mampu menjadikan PRS wadah yang relevan, progresif dan inklusif,” katanya.

Kelvin turut menggesa semua bahagian Pemuda PRS memberi sokongan dan pencalonan kepada Gira bagi memastikan masa depan sayap pemuda parti itu lebih mampan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah'

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air berjadual di Serian 14-16 Ogos ini
Next: Kunjungan hormat Ketua Polis Daerah Kuching ke Datuk Bandar MBKS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.