Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ketua PBB sambut baik perjanjian gencatan senjata, pembebasan tawanan di Gaza
  • GLOBAL

Ketua PBB sambut baik perjanjian gencatan senjata, pembebasan tawanan di Gaza

Utusan Sarawak 3 days ago
ANTONIO Guterres menyambut baik pengumuman mengenai perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tawanan di Semenanjung Gaza.


WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Rabu menyambut baik pengumuman mengenai perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tawanan di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Saya mengalu-alukan pengumuman mengenai perjanjian bagi melaksanakan gencatan senjata dan pembebasan tawanan di Gaza, berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS),” kata Guterres menerusi platform X.

Kenyataan beliau dibuat sejurus selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan bahawa Israel dan kumpulan Palestin Hamas mempersetujui fasa pertama pelan damai Gaza yang diusulkan oleh AS.

“Saya memuji usaha diplomatik Amerika Syarikat, Qatar, Mesir dan Turkiye dalam menjadi pengantara kepada kejayaan yang amat diperlukan ini.

“Saya menggesa semua pihak yang terlibat supaya mematuhi sepenuhnya syarat-syarat perjanjian tersebut,” kata Guterres.- Bernama

Continue Reading

Previous: Hamas setuju pelan damai, gesa pastikan Israel laksanakannya
Next: Trump akan jalani pemeriksaan perubatan rutin pada Jumaat – Setiausaha Akhbar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.