Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ketua Menteri Melaka yang baharu angkat sumpah esok
  • NASIONAL

Ketua Menteri Melaka yang baharu angkat sumpah esok

Utusan Sarawak 2 years ago

MELAKA: Ketua Menteri Melaka yang baharu akan mengangkat sumpah jawatan esok, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Zaidi Johari.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam telah menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka.

Menurut Zaidi, sehubungan itu, berdasarkan Perenggan (a) Fasal 2, Perkara 7 Perlembagaan Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Melaka hendaklah melantik seorang ADUN sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.

“Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka ke-13 adalah dijadualkan berlangsung pada 31 Mac 2023, Jumaat bersamaan 9 Ramadan 1444H di Dewan Sri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka 3.00 petang,” menurut kenyataan itu.

Spekulasi pertukaran Ketua Menteri Melaka mula dilaporkan media sejak semalam susulan tular di aplikasi WhatsApp maklumat mengenai istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri yang baharu bakal berlangsung esok.

Antara nama yang disebut-sebut menggantikan Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu ialah ADUN Tanjung Bidara merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. – Bernama

Continue Reading

Previous: Indeks pemalsuan wang kertas catat penurunan stabil
Next: Kos tinggi cabaran laksana sistem EMR – Dr Zaliha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.