Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ketua masyarakat perlu peka arahan kerajaan
  • TEMPATAN

Ketua masyarakat perlu peka arahan kerajaan

Utusan Sarawak 4 years ago
SUMBANGAN… Awla Dris menyerahkan sumbangan cenderamata kepada wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM).

SIMUNJAN: Ketua Kampung memainkan peranan penting dalam menyampaikan dasar kerajaan selain membantu memastikan keselamatan penduduk ketika menghadapi pandemik Covid-19.

Menurut kenyataan Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris menggesa

masyarakat di peringkat kampung dan juga rumah panjang turut melaksanakan langkah-langkah pencegahan bagi membantu kerajaan

mengekang penularan jangkitan Covid-19.

“Sehubungan itu, ketua kampung dan Tuai Rumah seharusnya peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa dan menyalurkan maklumat itu kepada masyarakat setempat bagi meningkat lagi pematuhan,” katanya pada Majlis Perasmian Taklimat Pemantapan Program ‘Community Policing’ Daerah Simunjan Sabtu lalu.

Menurut Awla, pelaksanaan progran tersebut bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung bahaya ancaman penyakit Civid-19, Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Rabies, dadah dan pelbagai kegiatan anti-sosial.

Jelasnya, antara objektif lain adalah menyarankan masyarakat supaya sentiasa bekerjasama dalam mengambil tindakan segera bagi membendung ancaman serta kegiatan-kegiatan yang boleh memudaratkan masyarakat setempat.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 44 kampung di Simunjan telah dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ekoran peningkatan kes positif Covid-19 setakat ini.

Sementara itu, Pegawai Daerah Simunjan, Abdul Khalid Manap memaklumkan sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) akan dibuka di Dewan Mesra Simunjan bagi para pesakit Covid-19 tahap 3, 4 dan 5.

PKRC ini katanya, diwujudkan bagi menampung semua keperluan yang tidak mencukupi di Samarahan dan Kuching.

Continue Reading

Previous: DOS PENGGALAK: SARAWAK TERAWAL
Next: Seawal pagi naik bukit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.