Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum perlu miliki senarai projek pembangunan yang dilaksana dalam kawasan masing-masing
  • Utara
  • WILAYAH

Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum perlu miliki senarai projek pembangunan yang dilaksana dalam kawasan masing-masing

Utusan Sarawak 9 hours ago
AMANAT…Henry Sum Agong kelihatan menyampaikan amanat kepada KMKK bagi kawasan Ba’kelalan

LAWAS: Semua Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) digesa memiliki rekod lengkap berkaitan projek pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan di kawasan masing-masing.

Selain itu, mereka juga perlu sentiasa mengemas kini maklumat kawasan, termasuk jumlah penduduk serta senarai keperluan dan projek pembangunan yang diperlukan oleh penduduk kampung untuk dikemukakan kepada pihak kerajaan.

Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong, berkata tanggungjawab pemimpin akar umbi pada masa kini semakin mencabar dan kompleks, sejajar dengan keperluan pembangunan yang semakin meningkat.

“Oleh itu, kami mahu semua KMKK di kawasan Ba’kelalan sentiasa mengemas kini data kampung dan mempunyai perancangan jelas bagi pembangunan kampung masing-masing.

“Kami amat memerlukan input daripada peringkat akar umbi kerana melalui suara rakyat, segala bentuk program dan perancangan pembangunan yang memberi manfaat kepada semua dapat dirangka dengan lebih berkesan,” katanya.

BUKA TIRAI…mesyuarat pertama 2026 untuk KMKK kawasan Ba’kelalan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama KMKK kawasan Ba’kelalan yang berlangsung di sebuah hotel di Lawas, hari ini.

Dalam pada itu, Henry Sum turut menegaskan kepentingan mengekalkan perpaduan serta kerjasama dalam kalangan rakyat berbilang kaum di kawasan Parlimen Lawas.

Menurutnya, masyarakat perlu berwaspada terhadap penyebaran fitnah dan tuduhan tidak bertanggungjawab di media sosial, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri.

“Kita perlu fokus kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah terbukti menjaga dan membangunkan Sarawak. Jangan mengharapkan pihak luar kerana hanya rakyat Sarawak sendiri yang benar-benar memahami keperluan negeri ini.

“Waspadalah kerana terdapat pihak yang cuba memecah-belahkan perpaduan rakyat Sarawak melalui pelbagai cara,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Hujan lebat berterusan, jalan utama ke Limbang dinaiki air
Next: Keberanian Polis Sarawak dalam operasi tular dipuji Timbalan Pesuruhjaya Polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.