Pada rangkap pertama, Asyraff menerapkan unsur anafora yang bertujuan untuk menimbulkan ke- indahan dalam sajaknya, di sam- ping bertujuan sebagai penegas- an. Perhatikan rangkap pertama yang dinukilkan.
Aku bukan Yusuf;
Yang punya wajah tampan,
Aku bukan Musa;
Yang punya mukjizat tongkat,
Aku bukan Sulaiman;
Yang punya kerajaan besar,
Aku bukan Muhammad;
Yang maksum dari segala
dosa.
Penerapan unsur sebegini mampu menimbulkan suatu ben- tuk keindahan dalam pengkarya- an sajak. Namun, wajar dimaklumi bahawa unsur sedemikian harus dikawal secara berhemah dan bijaksana kerana tanpa pe- ngawalan, mampu merencatkan keindahan pengolahan sajak ber- kenaan. Sekiranya pengkarya memilih untuk tidak menerapkan unsur anafora, rangkap berkena- an mungkin akan ternukil sebegini;
Aku bukanlah Yusuf
miliki ketampanan roman,
bukan pula aku Musa
punyai tongkat mukjizat,
bukan juga aku Sulaiman
kuasai kerajaan besar,
apatah lagi Muhammad
maksum segala dosa.
Secara keseluruhan, puisi ini dinukilkan dengan baik. Na- mun, Asyraff perlu memberi perhatian pada aspek pemilihan serta penggunaan diksi. Sekadar sebagai contoh, perkataan ‘punya’ (punyai), ‘dari’ (daripada) dan ‘matikanlah’ (kembalikanlah).
Sajak “Atma Ini Berbisik” tulisan Osman Zaini memerihal- kan beban tanggungjawab yang digalas golongan pendidik. Ketidakpastian, keazaman, serta te- kad, terangkum dalam empat rangkap yang ditulis. Sajak ini bersifat polos serta mudah difahami. Mesej yang disampaikan jelas, iaitu mendepani cabaran dalam ranah pendidikan demi melahirkan generasi masa ha- dapan yang berilmu pengetahuan agar mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.
Pembentukan teks dimulakan dengan nada ketidakpastian da- lam bentuk persoalan yang ke- mudiannya cuba dihuraikan lewat interteks dalam rangkap-rangkap selanjutnya. Namun, dari aspek kesatuan dan kepaduan serta pelarasan fokus, masih terkesan unsur ‘kecelaruan’ yang sedikit sebanyak menghadirkan unsur ‘gangguan’ terhadap kelancaran ‘penceritaan’ secara keseluruhannya.
Dalam konteks ini, kesinambu- ngan dari satu rangkap ke satu rangkap harus memperlihatkan urutan persoalan yang teratur atau selaras. Dalam erti kata lain, rangkap kedua semuluk-muluknya memperlihatkan pertautannya dengan rangkap sebelumnya (pertama). Dalam sajak ini, apabila tercetus persoalan-persoalan pada rangkap pertama, jawapannya setidak-tidaknya dirungkai- kan dalam rangkap seterusnya. Samalah situasinya seperti men- jawab soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan. Harus berte- patan berdasarkan soalan yang diajukan. Tidak tepat seandainya soalan pertama dijawab pa- da ruangan yang disediakan un- tuk menjawab soalan kedua, ma- nakala soalan kedua pula dija- wab dalam ruangan jawapan soalan pertama. Sudah pasti kaedah jawapan yang sedemikian menyimpang daripada amalan kelaziman, di samping menimbulkan masalah bagi penilai.
Persoalan-persoalan yang di- hadirkan bukan bersifat ‘hiasan’ atau tatarias pengindahan sesebuah sajak semata-mata. Bukan juga bersifat ‘pancingan’ yang tiada ‘umpannya’. Pun bukan bertujuan untuk dijawab oleh khalayak pembaca. Hal sedemi- kian sering terbias daripada kanta pandang pengkarya. Hal yang nampak ‘kecil’, akan tetapi membawa impak yang besar dari segi penitipan pemikiran dalam
sajak secara keseluruhan. Dalam keterhadan ruang, kebijaksanaan membicarakan apa-apa subjek atau persoalan secara holistik bukannya perkara mudah. Keti- dakpekaan serta ketelitian mam-pu merencatkan roman sebuah sajak. Ibarat sebuah kisah yang terterap unsur klimaks, akan tetapi tiada penyelesaiannya.
Subjek yang melingkari dunia pendidikan amat luas cakupannya dan untuk tujuan pengungkapannya dalam karya seperti sajak, tidak semudah yang difikir- kan. Sisi-sisi pandang serta pen- dekatan berbeza perlu diterapkan agar tidak terlalu klise, di sam-ping menampilkan pembaharuan yang mampu menarik minat khalayak pembaca.
Dari segi pemilihan diksi, peng- karya perlu berhati-hati, agar maksud yang ingin disampaikan menepati hasrat asal serta tidak lari daripada mesej sebenarnya. Apatah lagi apabila menghadirkan sajak yang amat erat pertautannya dengan dunia keguruan yang sudah pastinya mengundang persepsi bahawa penguasaan bahasa adalah pada tahap yang amat baik.
Secara keseluruhannya, ketiga- tiga buah sajak yang tersiar me- miliki dan memenuhi ciri-ciri asas penulisan sajak. Namun demikian, pengkarya tidak harus berasa selesa kerana dalam dunia penulisan, proses penganjakan dari satu tahap ke satu tahap tiada jedanya. Proses yang berlanjutan dan berterusan sifatnya memerlukan penggalian ilmu, di samping penajaman mata pandang serta mata taakul tentang apa-apa yang terpampang di hadapan mata. Selain daripada itu, berusaha untuk melihat se- suatu dari laras pandangan yang berbeza agar penampilan karya yang dihasilkan memiliki keunik-an yang tersendiri.
Kepada ketiga-tiga pengkarya, iaitu Aileen Claire, Asyraff Jamin dan Osman Zaini, tahniah dan syabas. Teruslah berkarya. Per- tingkatkan usaha mencapai suatu tahap yang bukan sahaja membanggakan diri sendiri, akan tetapi, mampu dibanggakan oleh keseluruhan warga pengkarya.