
RIYADH, 9 Mac -- Dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi, ketibaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman di ibu negara itu disambut oleh Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud. Baginda secara peribadi datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di sini untuk menyambut sendiri Muhyiddin dan isteri setiba mereka dari Madinah pada jam 8.25 malam, Isnin (1.25 pagi Selasa, waktu Malaysia). Kesudian Putera Mahkota Arab Saudi itu menyambut sendiri Muhyiddin di lapangan terbang itu adalah di luar jadual. Turut sama Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Muhyiddin kini dalam hari ketiga lawatan rasmi selama empat hari ke negara itu atas undangan Raja Arab Saudi, yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdul Abdulaziz Al-Saud dengan kemuncaknya ialah pertemuan dengan baginda secara maya di Istana Al Yamamah di sini, esok. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA RIYADH, March 9 -- In the spirit to further strengthen bilateral ties between Malaysia and Saudi Arabia, the arrival of Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and his wife Puan Sri Noorainee Abdul Rahman here today was greeted by the kingdom's Crown Prince. Prince Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud personally was at the King Khalid International Airport here to welcome Muhyiddin at 8.25 pm Monday (1.25 am Tuesday in Malaysia). The decision to receive Muhyiddin at the airport was not in the Crown Princes original itinerary. Muhyiddin is on the third day of his four-day official visit to Saudi Arabia at the invitation of the ruler King Salman bin Abdulaziz Al-Saud. The visit is aimed at strengthening traditional areas of cooperation and forging greater partnership in new areas, such as new technology and innovation, as well as energy collaboration. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

RIYADH: Dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi, ketibaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman di ibu negara itu disambut oleh Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud.
Baginda secara peribadi datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di sini untuk menyambut sendiri Muhyiddin dan isteri setiba mereka dari Madinah pada 8.25 malam, Isnin (1.25 pagi Selasa, waktu Malaysia).
Kesudian Putera Mahkota Arab Saudi itu menyambut sendiri Muhyiddin di lapangan terbang itu adalah di luar jadual.
Turut sama Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Muhyiddin kini dalam hari terakhir lawatan rasmi selama empat hari ke negara itu atas undangan Raja Arab Saudi, yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdul Abdulaziz Al-Saud dengan kemuncaknya ialah pertemuan dengan baginda secara maya di Istana Al Yamamah di sini, esok.
Lawatan tersebut antara lain bertujuan membincangkan pelbagai usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka kerjasama dalam bidang baharu seperti teknologi dan inovasi serta bidang tenaga.
Perdana Menteri tiba dari Madinah selepas mengunjungi Masjid Nabawi dan menziarahi Makam Rasulullah.
Muhyiddin, yang memulakan lawatan rasmi Sabtu, tiba di Makkah untuk menunaikan umrah dan diberi peluang memasuki Kaabah.
Terdahulu, Hishammuddin memberitahu media Malaysia bahawa Raja Salman berusia 85 tahun itu tidak pernah berkenan bertemu dengan pemimpin asing yang melawat negara itu secara bersemuka atau secara maya sejak tercetus pandemik Covid-19.
“Jadi kalau jumpa secara maya kali ini pun, dah cukup luar biasa,” kata Hishammuddin.
Perdana Menteri juga akan bertemu Putera Mohammed, yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan di istana berkenaan sebelum mengakhiri lawatan rasmi tersebut. – Bernama