Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ketegangan India, Pakistan jejas 32 lapangan terbang
  • GLOBAL

Ketegangan India, Pakistan jejas 32 lapangan terbang

Utusan Sarawak 6 hours ago
ASKAR bantuan tentera India dengan rondaan anjing penghidu di pasar di Srinagar pada 10 Mei 2025. Tentera Pakistan berkata, India melancarkan gelombang peluru berpandu lain yang menyasarkan tiga pangkalan udara termasuk satu di pinggir ibu negara ketika konflik antara negara jiran bersenjata nuklear itu semakin meruncing ke arah perang besar-besaran. FOTO AFP

NEW DELHI: India telah memperluas sekatan ruang udaranya berikutan ketegangan ketenteraan yang berterusan dengan Pakistan.

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India (AAI) dan pihak berkuasa penerbangan berkaitan telah mengeluarkan beberapa notis kepada juruterbang (NOTAM) bagi mengumumkan penutupan sementara 32 lapangan terbang di utara dan barat India daripada semua operasi penerbangan awam, menurut kenyataan Kementerian Penerbangan Awam awal Sabtu.

Lapangan terbang yang terjejas termasuk Ambala di negeri Haryana, Amritsar di Punjab, Bhuj dan Jamnagar di Gujarat, Jaisalmer dan Jodhpur di Rajasthan, serta Jammu dan Srinagar di wilayah Kashmir, dan Shimla di Himachal Pradesh.

Semua operasi penerbangan awam di lapangan terbang ini akan digantung sehingga 15 Mei, menurut kenyataan itu.

Ketegangan ketenteraan antara India dan Pakistan semakin memuncak dalam beberapa hari kebelakangan ini, dengan kawasan sempadan menyaksikan serangan udara dan artileri.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pakistan lancar ‘Operasi Bunyan-un-Marsoos’ susulan serangan India ke atas pangkalan udara
Next: KB rayu bantuan orang ramai berhubung kes kecurian buku Nadir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.