Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ketegangan dagangan kian reda dorong ringgit dibuka mengukuh
  • BISNES

Ketegangan dagangan kian reda dorong ringgit dibuka mengukuh

Utusan Sarawak 11 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mata wang utama serta di peringkat serantau yang didorong oleh ketegangan perdagangan global yang kian mereda, sekali gus meningkatkan sentimen pelabur, kata penganalisis.

Pada 8.01 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.2140/2460 berbanding dolar AS daripada paras 4.2275/2345, semalam.

Bagaimanapun, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) telah mengukuh, didorong oleh sentimen optimis terhadap rundingan AS-China yang akan datang.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata DXY naik 1.03 peratus kepada 98.653 mata ketika pegawai AS dan China membincangkan kemungkinan mencapai persetujuan perdagangan di Sweden.

“Pada masa sama, mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) yang akan bermula hari ini, akan menjadi tumpuan di tengah-tengah jangkaan ramai bahawa Kadar Dana Persekutuan tidak akan mencatat sebarang perubahan.

“Selain FOMC, data pasaran tenaga kerja AS akan turut dipantau dengan data gaji bukan perladangan (NFP) diumumkan pada Jumaat dan konsensus menjangkakan angka lebih rendah iaitu 108,000 pada Julai daripada 147,000 pada Jun,” katanya.

 Mohd Afzanizam berkata ringgit susut berbanding dolar AS sebanyak 0.21 peratus kepada 4.2310 semalam berikutan rundingan perdagangan yang sedang dijalankan antara negara maju itu dengan Malaysia.

Perbincangan itu membabitkan tarif 25 peratus dikenakan AS yang bakal berkuat kuasa pada 1 Ogos ini ketika Malaysia terus berusaha untuk mencapai kadar lebih rendah iaitu bawah 20 peratus.

 Selain itu, rundingan berlanjutan antara AS dan China dianggap menjadi petanda reda yang berterusan, sekali gus menunjukkan bahawa pentadbiran Presiden Donald Trump masih peka terhadap kesan tarif ke atas ekonomi domestik.

“Namun, kejutan tarif berkemungkinan akan meningkatkan risiko penurunan terhadap pertumbuhan global pada separuh kedua 2025 dan tempoh seterusnya berikutan peningkatan kos menjalankan perniagaan di AS akan turut menjejaskan permintaan agregat.

“Tempoh perkhidmatan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell akan tamat pada Mei tahun depan dan penggantinya berkemungkinan lebih seiring dengan Presiden AS bagi dasar kadar faedah yang lebih rendah,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit akan diniagakan dalam julat kecil, berkemungkinan dalam julat RM4.23 hingga RM4.24 hari ini.

Dalam pada itu, prestasi ringgit turut diniagakan mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Ini termasuk meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8383/8600 daripada 2.8497/8546 semalam, naik berbanding pound Britain kepada 5.6286/6714 daripada 5.6720/6814 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8861/9232 daripada 4.9331/9412 sebelum ini.

Ringgit juga naik berbanding mata wang serantau lain.

Berbanding rupiah Indonesia, ringgit meningkat kepada 257.4/259.6 daripada 258.3/258.9, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2750/3004 daripada 3.2917/2974, naik berbanding baht Thailand kepada 12.9626/13.0702 daripada 13.0511/0787 dan menokok sedikit berbanding peso Filipina kepada 7.37/7.43 daripada 7.39/7.41 sebelum ini.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit susut susulan semakan KDNK oleh BNM
Next: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.