Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kesuma ingatkan majikan jaga hak pekerja
  • SEMASA

Kesuma ingatkan majikan jaga hak pekerja

Utusan Sarawak 14 hours ago
MAJIKAN termasuk agensi kerajaan, syarikat, industri dan individu perlu menjaga hak pekerja mereka dengan menjauhi daripada melakukan perkara yang melanggar hak pekerja sehingga berlaku eksploitasi pekerja dan buruh paksa.

BUTTERWORTH: Majikan termasuk agensi kerajaan, syarikat, industri dan individu perlu menjaga hak pekerja mereka dengan menjauhi daripada melakukan perkara yang melanggar hak pekerja sehingga berlaku eksploitasi pekerja dan buruh paksa.

Timbalan Ketua Setiausaha Operasi Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) Sutekno Ahmad Belon berkata isu eksploitasi serta buruh paksa bukan lagi isu berkaitan pekerja atau perundangan, tetapi isu kemanusiaan global dan ia menjadi perkara asas yang perlu diambil tahu secara serius oleh setiap majikan.

“Ia turut memberi impak langsung terhadap reputasi dan hubungan perdagangan antarabangsa negara. Misalnya, Sekatan Perintah Pelepasan (WRO) oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) terhadap produk yang dikaitkan dengan buruh paksa adalah tindakan yang sangat serius.

“Justeru, usaha menangani isu ini tidak boleh digalas oleh satu pihak sahaja dan pelaksanaan Pelan Tindakan Nasional Pembanterasan Buruh Paksa (NAPFL) 2021 hingga 2025, yang digerakkan bersama oleh Pejabat Strategik Nasional (NSO), Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) adalah bukti komitmen kolektif negara dalam menghapuskan amalan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Eksploitasi Pekerja: Ke Arah Sifar Buruh Paksa 2030, yang dihadiri lebih 300 majikan daripada pelbagai sektor di Pulau Pinang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sutekno berkata seminar sehari itu bertujuan memperkasa kesedaran terhadap isu buruh paksa serta memperkukuh jaringan kerjasama antara kerajaan, industri dan masyarakat awam ke arah mewujudkan tempat kerja yang bebas daripada eksploitasi.

Beliau berkata ia juga untuk memberi tumpuan kepada isu-isu kritikal berkaitan buruh paksa, pematuhan undang-undang buruh, cabaran industri dalam memastikan keadilan serta kebajikan pekerja.

Sutekno memaklumkan terdapat 11 indikator atau tanda buruh paksa antaranya pekerja dikurung atau tidak bebas, gaji ditahan atau dipotong secara tidak sah, pekerja diugut, dipaksa bekerja lebih masa tanpa bayaran dan pekerja tidak mempunyai akses kepada dokumen sendiri.

Beliau berkata, isu buruh paksa masih menjadi cabaran kerana Malaysia adalah negara yang aktif dalam perdagangan global serta menerima kemasukan pekerja asing dalam jumlah yang besar dan dalam sistem itu, terdapat ruang untuk amalan eksploitasi jika tiada pemantauan rapi.

Beliau berkata, Malaysia yang kini diletakkan di Tahap 2 dalam Laporan Pemerdagangan Manusia oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS), menyasarkan untuk mencapai Tahap 1 menjelang 2030.– Bernama

Continue Reading

Previous: Wartawan perlu kuasai teknologi, kekal beretika
Next: Digitalisasi tingkat cabaran, perkukuh peranan wartawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.