Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kesukarelawanan benteng masyarakat penyayang – Lee Kim Shin
  • Utara
  • WILAYAH

Kesukarelawanan benteng masyarakat penyayang – Lee Kim Shin

Utusan Sarawak 3 hours ago
PERIKSA..Menteri Pengangkutan,  Dato Sri Lee Kim Shin memeriksa perbarisan kehormat sempena Sambutan Hari Palang Merah/Bulan Sabit Merah dan Perbarisan Tahunan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di Miri, hari ini.

MIRI:  Semangat kesukarelawanan perlu terus dipupuk dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan belia, bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki nilai kemanusiaan, kepimpinan dan semangat berbakti kepada masyarakat.

Menteri Pengangkutan,  Dato Sri Lee Kim Shin berkata, tema ‘Kuasa Kesukarelawanan’ yang diketengahkan sempena Sambutan Hari Palang Merah/Bulan Sabit Merah dan Perbarisan Tahunan tahun ini amat bertepatan kerana kesukarelawanan bukan sekadar menyumbang masa dan tenaga, malah mencerminkan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.

Menurut beliau, anggota Bulan Sabit Merah (BSMM) sentiasa berada di barisan hadapan ketika bencana, kemalangan dan kecemasan bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik atau latar belakang.

“Di sebalik setiap bencana, kemalangan atau kecemasan, sentiasa ada anggota Bulan Sabit Merah yang tampil membantu. 

Mereka mungkin tidak mencari publisiti atau penghargaan, namun kehadiran mereka membawa harapan kepada mereka yang memerlukan. Itulah makna sebenar semangat kemanusiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Palang Merah/Bulan Sabit Merah dan Perbarisan Tahunan di sini, hari ini.

Lee berkata, kemahiran seperti pertolongan cemas, pengurusan bencana dan khidmat kemasyarakatan yang dipelajari oleh anggota BSMM merupakan aset penting yang bukan sahaja berguna ketika kecemasan, malah membentuk individu yang berdisiplin, berintegriti dan berempati.

Beliau turut menegaskan kerajaan sentiasa menghargai peranan organisasi sukarelawan seperti BSMM yang menjadi rakan strategik dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana, meningkatkan kesedaran kesihatan awam, membantu golongan memerlukan serta memupuk perpaduan masyarakat.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada pegawai, guru penasihat, ibu bapa dan sukarelawan yang memainkan peranan membimbing generasi muda menjadi insan yang prihatin, berdisiplin dan berjiwa besar.

Mengakhiri ucapannya, Lee menyeru semua anggota BSMM agar terus menghayati tujuh Prinsip Asas Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, iaitu Kemanusiaan, Kesaksamaan, Berkecuali, Kebebasan, Khidmat Sukarela, Ketunggalan dan Kesejagatan sebagai panduan dalam membina masyarakat yang lebih penyayang, bersatu padu dan berdaya tahan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua anggota yang menyertai perbarisan sambil menegaskan bahawa setiap usaha yang dilakukan dengan ikhlas, walaupun kecil, mampu membawa perubahan besar kepada kehidupan insan lain.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Perlumbaan bot laju tonjol potensi Sebauh sebagai hab sukan permotoran air
Next: Penduduk Kuala Baram wajar sertai bomba sukarelawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.