Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kestabilan politik kunci kemajuan dan kesejahteraan rakyat – Doris Sophia
  • Selatan
  • WILAYAH

Kestabilan politik kunci kemajuan dan kesejahteraan rakyat – Doris Sophia

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATO’ Sri Doris Sophia Brodie pada Majlis Santai Prihatin Menyantuni Rakyat yang berlangsung di Rumah Penghulu Latiff Rimsad, Sungai Pinang Sega, Balai Ringin, kelmarin. Foto: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.202 Sri Aman

BALAI RINGIN: Kestabilan politik merupakan asas penting dalam memastikan keharmonian, pembangunan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara serta dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie berkata, sesebuah negeri dan negara memerlukan pentadbiran yang stabil bagi membolehkan pelbagai agenda pembangunan dilaksanakan secara terancang dan berkesan demi manfaat rakyat.

Menurut beliau, kestabilan politik yang dinikmati ketika ini telah membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai projek pembangunan yang memberi impak positif kepada masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar.

DATO’ Sri Doris Sophia Brodie pada Majlis Santai Prihatin Menyantuni Rakyat yang berlangsung di Rumah Penghulu Latiff Rimsad, Sungai Pinang Sega, Balai Ringin, kelmarin. Foto: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.202 Sri Aman

“Kestabilan politik adalah kunci kepada kemajuan sesebuah negeri dan negara. Apabila kerajaan stabil, pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat secara berterusan,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santai Prihatin Menyantuni Rakyat yang berlangsung di Rumah Penghulu Latiff Rimsad, Sungai Pinang Sega, Balai Ringin, kelmarin.

Majlis berkenaan turut dihadiri seramai 31 orang Tuai Rumah dan menjadi platform penting bagi mengukuhkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Selain itu, program tersebut memberi peluang kepada penduduk untuk menyampaikan pandangan, cadangan serta aspirasi mereka secara terus kepada wakil rakyat bagi memastikan keperluan komuniti dapat diberi perhatian sewajarnya.

Doris berkata, pendekatan turun padang dan bersemuka dengan rakyat perlu diteruskan bagi memastikan setiap isu yang dihadapi masyarakat dapat dikenal pasti serta ditangani dengan lebih berkesan.

Beliau turut mengingatkan bahawa rakyat Sarawak perlu sentiasa bersyukur atas keamanan, kestabilan dan kemajuan yang dikecapi selama ini serta bersama-sama mempertahankan keharmonian yang menjadi asas pembangunan negeri.

“Sebagai anak Sarawak, kita mesti terus memupuk semangat kekitaan, saling menghormati dan bekerjasama demi memastikan Sarawak yang kita cintai ini terus maju, makmur dan sejahtera,” katanya.

Doris turut menyeru rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam usaha mempertahankan hak-hak Sarawak serta memelihara perpaduan rakyat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: APM Spaoh tangkap ular sawa batik 3.6 meter ceroboh reban ayam
Next: 110 projek BDDA pacu pembangunan Kabong, 39 projek siap sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.