Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kestabilan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat harus diutamakan 
  • Tengah
  • WILAYAH

Kestabilan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat harus diutamakan 

Utusan Sarawak 3 hours ago
DIRAIKAN… Wong merakam kenangan pada Majlis Makan Malam Bersama Media sempena Tahun Baharu Cina semalam.

SIBU: Kestabilan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat perlu terus diutamakan meskipun perbezaan pandangan wujud dalam sistem demokrasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh berkata, semua pihak perlu mengutamakan kepentingan rakyat berbanding perbezaan ideologi dalam suasana politik dan sosial yang semakin mencabar.

“Perbezaan pandangan adalah lumrah dalam demokrasi, namun kestabilan dan kesejahteraan rakyat tidak boleh dikompromi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Media sempena Tahun Baharu Cina di sini, semalam.

Wong menegaskan, demokrasi matang memerlukan kepimpinan bertanggungjawab, perkhidmatan awam profesional serta media yang beretika dan seimbang.

Menurutnya, dialog terbuka dan rasional perlu diteruskan agar isu dapat dibincangkan secara konstruktif tanpa menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Walaupun berbeza pandangan, komunikasi terbuka dan saling menghormati perlu terus diamalkan,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, hubungan erat antara pentadbiran awam dan media penting bagi memperkukuh tadbir urus telus serta memastikan maklumat yang disampaikan kepada masyarakat tepat dan sahih.

Wong turut merakamkan penghargaan kepada pengamal media serta wakil agensi kerajaan atas komitmen menyampaikan informasi berintegriti kepada orang ramai.

Mengulas cabaran semasa, beliau berkata, ketidaktentuan ekonomi global menuntut perpaduan dan hala tuju jelas bagi memastikan pembangunan mampan.

“Kita perlu kekal bersatu dan fokus kepada pembangunan demi kesejahteraan rakyat,” katanya sambil mengajak masyarakat menghayati semangat Tahun Kuda sebagai simbol kekuatan dan kemajuan.

Oleh Akun Giman 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: IPD Lawas santuni warga pesara PDRM di Lawas
Next: Penantian lebih sedekad penduduk Daro berakhir, Projek Klinik Kesihatan bernilai RM46.8 juta dimulakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.