Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kesihatan mental golongan belia makin terjejas, perlukan sistem sokongan – Abdul Karim
  • KESIHATAN

Kesihatan mental golongan belia makin terjejas, perlukan sistem sokongan – Abdul Karim

Utusan Sarawak 18 hours ago
DATUK Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto Bernama

KUCHING: Kesihatan mental dalam kalangan belia semakin terjejas akibat pelbagai faktor antaranya tuntutan akademik, ketidaktentuan ekonomi, penggunaan digital berlebihan dan keretakan dalam institusi keluarga, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata situasi berkenaan amat membimbangkan khususnya di kawasan luar bandar dan golongan terpinggir, dengan perkhidmatan kesihatan mental masih terhad.

Abdul Karim berkata meskipun berada di kawasan bandar, masih ramai golongan belia tidak mempunyai akses kepada persekitaran selamat dan menyokong untuk berkongsi atau meluahkan masalah dialami.

“Ia penting kerana kesihatan mental belia banyak dipengaruhi oleh faktor luaran seperti sistem pendidikan, teknologi, norma masyarakat, keluarga serta dasar sedia ada. Kita perlu menyesuaikan semula sistem-sistem ini bagi menyokong keperluan golongan belia dengan lebih berkesan.

“Selain itu, kita tidak boleh lagi bersikap berdiam diri. Kita perlu wujudkan satu budaya yang menggalakkan golongan belia untuk bersuara secara terbuka, menyediakan mereka dengan platform untuk meluahkan pendapat, serta melengkapkan mereka dengan alat dan kemahiran untuk menghadapi cabaran yang bukan hanya ketika krisis, tetapi juga secara proaktif dan berterusan,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian pada majlis penutup Persidangan Antarabangsa Sarawak mengenai Kesihatan Mental Belia 2025 di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan laporan antarabangsa, seorang daripada setiap lima remaja mengalami masalah kesihatan mental.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga katanya, menunjukkan peningkatan membimbangkan dalam tahap kemurungan, kebimbangan dan tekanan dalam kalangan belia serta trend itu juga dilihat berlaku di Sarawak.

“Sekiranya kita bertekad untuk untuk melahirkan golongan belia sebagai generasi akan datang yang menjadi pemimpin, profesional, usahawan dan ejen perubahan, kita mesti mulakan dengan memastikan ketahanan mental, kesejahteraan emosi dan keselamatan psikologi mereka,” katanya.

-Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Kelvin Yii calls for urgent action to stop deadly vape threat before it hits Malaysia
Next: Kadar survival kanser paru-paru berganda hasil kemajuan terapi moden – Pakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.