Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kesihatan berkualiti hak setiap rakyat, termasuk di pedalaman
  • SEMASA

Kesihatan berkualiti hak setiap rakyat, termasuk di pedalaman

Utusan Sarawak 23 hours ago
UCAPAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan ucapan pada Kongres Saintifik Tahunan ke-51 Kolej Pakar Bedah, Akademi Perubatan Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Setiap rakyat Sarawak berhak menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi tanpa mengira kedudukan geografi mereka, sama ada di kawasan bandar, luar bandar mahupun pedalaman.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam mewujudkan sistem kesihatan yang lebih inklusif, adil dan menyeluruh bagi memastikan tiada komuniti yang terpinggir.

“Kita berhasrat memastikan seluruh rakyat Sarawak memperoleh akses kepada rawatan dan penjagaan kesihatan terbaik, tanpa mengira di mana mereka berada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Kongres Saintifik Tahunan ke-51 Kolej Pakar Bedah, Akademi Perubatan Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

RAKAM KENANGAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar kenangan bersama yang lain pada Kongres Saintifik Tahunan ke-51 Kolej Pakar Bedah, Akademi Perubatan Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Foto UKAS

Tambah beliau, inisiatif transformasi sistem kesihatan di Sarawak kini giat dijalankan dengan penglibatan teknologi moden seperti teleperubatan, peluasan khidmat pakar ke kawasan sukar diakses serta kerjasama dalam bidang penyelidikan dan latihan perubatan.

Namun begitu, Abang Johari turut mengingatkan tentang cabaran etika yang mungkin wujud seiring kemajuan teknologi dalam dunia perubatan.

Menurutnya, kemajuan ini boleh membawa dua kesan, sama ada menyumbang kepada kesejahteraan manusia sejagat, atau menjadi satu model perniagaan yang hanya memihak kepada golongan mampu.

“Persoalan penting yang harus diteliti ialah soal keseimbangan.

“Adakah kita mahu sistem yang hanya menguntungkan yang mampu dan meminggirkan yang tidak?

“Saya serahkan kepada institusi perubatan untuk mencari jawapan kepada persoalan ini,” jelasnya.

Justeru, beliau menggesa agar sebarang inovasi dalam bidang sains perubatan tidak sekadar mengejar keuntungan, tetapi turut mengambil kira keperluan rakyat secara menyeluruh demi membina sistem kesihatan yang saksama dan mampan. – UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Koperasi PDRM agih lebih RM36 juta dividen kepada ahli
Next: Bas, kenderaan berat wajib guna SLD bermula 1 Oktober

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.