Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Keserasian pacu kuartet 4x100m negara pecah rekod kebangsaan – Mohd Manshahar
  • SUKAN

Keserasian pacu kuartet 4x100m negara pecah rekod kebangsaan – Mohd Manshahar

Utusan Sarawak 10 hours ago
KUARTET 4x100m lelaki Malaysia (dari kiri) Pengiran Aidil Auf Hajam, Jonathan Nyepa, Aliff Iman Mohd Fahimi dan Danish Iftikhar Muhammad Roslee.

BANGKOK: Keserasian menjadi kunci utama yang memacu kejayaan kuartet lelaki negara memecah rekod kebangsaan pada saingan 4x100m Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Suphachalasai di sini semalam.

Ketua jurulatih olahraga kebangsaan Mohd Manshahar Abdul Jalil berkata percaturan dengan meletakkan Jonathan Nyepa bersama tiga pelari muda Danish Iftikhar Muhammad Roslee, Alif Iman Mohd Fahimi, dan Pengiran Aidil Auf Hajam, membuahkan hasil apabila mencatatkan 39.03 saat (s) untuk meraih pingat perak.

Catatan itu memadam rekod kebangsaan 39.09s yang dilakukan kuartet Muhammad Azeem Fahmi, Muhammad Arsyad Saat, Muhammad Haiqal Hanafi dan Muhammad Zulfiqar Ismail pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam.

“Ini satu gabungan yang baik dan alhamdulillah mereka telah pun buat seperti mana yang sepatutnya. Bagi saya ini satu rekod kebangsaan yang agak lama juga tak dipecahkan.

“Keserasian yang terbentuk antara pelari menyebabkan mereka pecah rekod dan kita sememangnya akan jangka  kuartet 4x100m lelaki kali ini akan buat yang terbaik, bukan sekadar omongan kosong,” katanya ketika ditemui di sini.

Mohd Manshahar berkata kuartet negara akan terus mencipta rekod kebangsaan baharu pada masa depan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran jaguh pecut Muhammad Azeem Fahmi, yang tidak dapat menyertai Sukan SEA Thailand 2025 susulan komitmen pengajian di Amerika Syarikat. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan Olimpik Khas Sibu anjur bola keranjang Unified pertama
Next: Muhammad Irfan raih emas ketujuh berturut-turut, cipta rekod baharu temasya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.