Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Keserasian anak-anak faktor Erra Fazira dan Ezwan mendirikan rumah tangga
  • HIBURAN

Keserasian anak-anak faktor Erra Fazira dan Ezwan mendirikan rumah tangga

Utusan Sarawak 3 hours ago
PELAKON dan penyanyi Erra Fazira dan Ezwan Zain melepaskan burung merpati selepas sah bergelar suami isteri. Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Keserasian anak-anak menjadi faktor utama yang mengukuhkan keputusan pelakon, penyanyi dan hos terkenal Erra Fazira dan pasangannya Ezwan Zain, untuk mendirikan rumah tangga.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, berkata penerimaan anak-anak menjadi keutamaan sebelum hubungan dibawa ke tahap lebih serius, memandangkan penyatuan keluarga memerlukan keselesaan semua pihak.

Beliau berkata kemesraan Engku Aleesya Engku Emran dan Dania Sofia Ezwan yang masing-masing berusia 16 tahun, turut memperkuat keyakinannya dan Ezwan untuk melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan.

“Saya rasa (apabila sudah mengambil langkah) untuk mula-mula memperkenalkan anak kepada pasangan kita, itu sudah serius dan level lain, bukan kawan-kawan (lagi). Jadi, bila diperkenalkan, saya fikir dulu bagaimana reaksi anak… selesa atau tidak. 

ERRA Fazira dan Ezwan Zain selamat diijabkabulkan pada 9.19 pagi tadi di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang. Foto BERNAMA

“Alhamdulillah, ketika pertama kali berjumpa kedua-dua mereka sangat positif…(sebagai ibu) kita tahu bagaimana keadaan anak kita, kalau dia tidak suka. Si suami juga sangat pandai mengambil hati sehingga buat anak-anak rasa selesa,” katanya kepada Bernama.

Ezwan, 44, pula berkata beliau tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan sebelum memastikan kedua-dua belah pihak benar-benar serasi. 

“Bagi saya, keluarga itu nombor satu…bagi anak-anak serasi dulu, barulah kami fikir langkah seterusnya. Alhamdulilah segalanya berjalan lancar hari ini,” katanya.

Terdahulu, primadona filem Melayu kesayangan rakyat Malaysia itu sah menjadi isteri kepada ahli perniagaan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, dekat sini, tepat  9.19 pagi tadi.

Turut mencuri perhatian ialah kejutan istimewa daripada Ezwan berupa ufti sepokok bunga emas seberat 102 gram yang direka khas sebagai simbol penghargaan buat isterinya.

Menurut Ezwan, proses menghasilkan bunga emas tersebut menuntut ketelitian tinggi kerana beliau mahu memberikan sesuatu yang benar-benar unik dan terbaik buat isterinya.

“Banyak kejutan yang saya cuba sediakan untuk Erra hari ini antaranya mas kahwin yang dijadikan bunga emas. Erra cuma tahu nilai gram, tapi dia tak tahu rupa gubahannya.

“Proses menghasilkan set bunga emas itu tidak mudah kerana ia bukan rekaan biasa, malah memerlukan beberapa kali penambahbaikan. Kita nak buat sesuatu yang istimewa, banyak kali juga saya tolak, akhirnya barulah dapat hasil yang diharapkan,” katanya.

Majlis pernikahan itu akan disusuli dengan acara persandingan untuk ahli keluarga pada esok, manakala majlis resepsi membabitkan kenalan pada 27 Disember ini.

Perkahwinan dengan Ezwan adalah yang ketiga buat Erra selepas hampir 11 tahun hidup sebagai ibu tunggal.

Sebelum ini, ikatan perkahwinan yang dibina bersama-sama dengan pelakon dan vokalis KRU Datuk Yusry Abdul Halim terlerai apabila kedua-duanya rasmi berpisah pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya, 16, sebelum bercerai pada 2014. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Ilya Buang semakin berhati-hati pilih jenaka seiring peningkatan usia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.