Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kesepaduan penduduk Belaga perkukuh agenda pembangunan negeri
  • Utara
  • WILAYAH

Kesepaduan penduduk Belaga perkukuh agenda pembangunan negeri

Utusan Sarawak 7 hours ago
SETIAUSAHA Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berucap pada Majlis Bersama Komuniti Melayu di Kampung Melayu Belaga, semalam.

BELAGA: Kesepaduan masyarakat berbilang kaum di Belaga terus menjadi asas penting yang menggerakkan kemajuan daerah itu, sekali gus memastikan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan berlangsung dengan lebih teratur dan terselaras.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, hubungan harmoni antara komuniti Kenyah, Kayan, Iban, Melayu dan Cina bukan sahaja memupuk suasana stabil, malah membantu kerajaan negeri merancang serta melaksanakan pembangunan tanpa halangan sosial.

Menurutnya, perpaduan yang diamalkan masyarakat Belaga mencerminkan kekuatan Sarawak yang sentiasa menjadikan keharmonian sebagai keutamaan dalam agenda pembangunan.

“Syukur Alhamdulillah, walaupun kita di Belaga ini terdiri daripada pelbagai kaum, masyarakat tetap bersatu dan tidak menjadikan perbezaan sebagai penghalang kemajuan.

 SETIAUSAHA Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan ADUN Belaga, Datuk Liwan Lagang melawat tapak projek pembinaan Masjid Daerah Belaga yang baharu

“Premier Sarawak juga sentiasa mengingatkan bahawa perpaduan adalah kekuatan kita di mana sahaja kita berada.

“Jika ada isu, kita selesaikan secara berhemah. Yang penting, kita kekalkan kesepaduan dan tidak membiarkan perbezaan kaum atau agama menjadi batasan,” katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Komuniti Melayu di Kampung Melayu Belaga, semalam.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak juga sedang menumpukan pelaksanaan beberapa projek utama termasuk pembinaan masjid baharu, penyelesaian isu tanah, serta pemantauan projek lain seperti pembinaan pejabat daerah dan taman kuarters agar semuanya disiapkan mengikut jadual.

Datuk Amar Mohamad Abu Bakar juga menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan pembangunan di Belaga dilakukan secara inklusif supaya manfaatnya dapat dinikmati menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Rangkaian Jalan Baharu MMMLL angkat Baram ke arah lebih berdaya saing
Next: Lawatan kerja pertingkat keberkesanan penyampaian projek di Belaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.