Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kesemua projek sakit dahului jadual
  • TEMPATAN

Kesemua projek sakit dahului jadual

Utusan Sarawak 2 years ago
Ir. Aidel Lariwoo pada sidang media sejurus selepas majlis perasmian Persidangan Pengurusan Aset Fizikal dan Infrastruktur di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Kesemua projek sakit telah dikontrakkan kepada kontraktor penyelamat dan semuanya mendahului jadual.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) Ir. Aidel Lariwoo pada sidang media sejurus selepas majlis perasmian Persidangan Pengurusan Aset Fizikal dan Infrastruktur di sini, hari ini.

“Pembinaan Jambatan Marudi bakal siap menjelang 2025. 

“Dengan kos RM116.5 juta projek itu bermula pada Oktober 2022 dan mengambil masa 24 bulan untuk disiapkan.

“Alhamdulillah kerja-kerja pembinaan berjalan lancar dan mendahului jadual,” jelasnya.

Untuk rekod, jambatan merentasi Batang Baram sepanjang 650 meter dengan jalan dua lorong sehala itu kelak akan menyingkatkan perjalanan di antara Miri dan Marudi.

Selain memudahkan pengguna terutama pelancong yang berkunjung ke Marudi atau meneruskan perjalanan ke Taman Negara Gunung Mulu melalui jalan darat dari Marudi.

Menjelas lanjut, beliau berkata, berdasarkan keseluruhan projek sakit kerajaan negeri menyasarkan sifar projek sakit menjelang akhir tahun ini. 

Oleh Azreen Keria

Continue Reading

Previous: Pembinaan balai bomba di Sarawak tidak harus dipolitikkan  – Khirudin
Next: DAP mohon MBKS amalkan sikap terbuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.