Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keselamatan sekolah antara fokus lawatan RTP di DUN Jepak
  • Utara
  • WILAYAH

Keselamatan sekolah antara fokus lawatan RTP di DUN Jepak

Utusan Sarawak 5 hours ago
ISKANDAR Turkee bergambar bersama penduduk dan wakil agensi selepas meninjau cadangan projek naik taraf infrastruktur di salah sebuah lokasi RTP di kawasan DUN Jepak.

BINTULU: Keselamatan pelajar khususnya melibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekolah menjadi antara fokus utama dalam lawatan tapak Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan kesesakan ketika waktu menghantar dan mengambil pelajar yang dikhuatiri boleh meningkatkan risiko kemalangan.

Beliau berkata kerjasama akan dijalinkan dengan pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta agensi berkaitan bagi menyediakan kawasan parkir sementara menggunakan batu kerikil sebagai langkah penyelesaian jangka pendek.

“Kita mengutamakan keselamatan pelajar terutama yang menggunakan motosikal untuk ke sekolah kerana pernah berlaku kemalangan sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, beliau mengetuai lawatan tapak bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Ketua Ranting dan wakil Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak ke 15 lokasi projek RTP yang dicadangkan bagi tahun 2026.

Lawatan bermula seawal 8.30 pagi itu melibatkan beberapa kawasan termasuk Kuala Serupai, Kampung Kuala Tatau, rumah-rumah panjang di laluan Pan Borneo, Ulu Sebauh dan berakhir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemena.

Menurut Iskandar, projek yang dikenal pasti melibatkan pelbagai kemudahan asas termasuk naik taraf jalan raya, rumah panjang, titi, dewan, jeti dan infrastruktur sekolah bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk luar bandar.

Beliau turut meninjau cadangan naik taraf laluan masuk dan keluar serta kawasan parkir di SK Kuala Tatau.

Antara projek yang dikenal pasti termasuk naik taraf Rumah James Jagan Chaong di Kuala Serupai, naik taraf jalan dan susur gajah di SK Kuala Tatau, pembinaan tembok tapak rumah panjang di Serupai serta naik taraf jalan ke beberapa rumah panjang di Sungai Silas dan Jalan Ulu Sebauh.

Turut dicadangkan adalah penyediaan ruang menunggu kenderaan di SMK Kemena, naik taraf jalan di Kampung Sebiew serta naik taraf Dewan Serbaguna RPR (SPPS) Sebiew di sini.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 2,806 penerima bantuan kebajikan di Serian terima RM1.19 juta sehingga April 2026
Next: NAMLIFA anjur ceramah kesihatan awam Sabtu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.