Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keselamatan penduduk diutamakan, jeti Kampung Pendam akan dibaiki segera
  • Selatan
  • WILAYAH

Keselamatan penduduk diutamakan, jeti Kampung Pendam akan dibaiki segera

Utusan Sarawak 2 days ago
KEROSAKAN struktur jeti Kampung Pendam dipercayai berpunca daripada insiden perlanggaran melibatkan sebuah tongkang pasir pada Ahad lalu. Foto UKAS

SADONG JAYA: Susulan kerosakan yang berlaku pada struktur jeti Kampung Pendam baru-baru ini, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Datuk Ir. Aidel Lariwoo telah mengarahkan agensi berkaitan agar segera mengambil tindakan bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.

Menurut beliau, notis amaran dan larangan penggunaan jeti perlu diletakkan serta-merta sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Saya telah mengarahkan pihak berkaitan supaya mengambil tindakan segera termasuk meletakkan papan tanda larangan menggunakan jeti ini buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dilaksanakan,” tegas beliau semasa lawatan tapak ke lokasi jeti berkenaan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa kerja pemulihan jeti perlu disegerakan memandangkan peranan pentingnya sebagai laluan utama bagi penduduk kampung menjalankan aktiviti ekonomi dan pengangkutan harian.

“Jeti ini merupakan nadi penghubung bagi masyarakat sekitar dan sebarang kelewatan membaikinya boleh menjejaskan kehidupan harian penduduk. Oleh itu, tindakan segera amat diperlukan,” tambah beliau.

Tinjauan tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai daripada agensi pelaksana dan teknikal bagi meneliti skop kerosakan serta merangka cadangan pembaikan jangka pendek dan panjang.

Kerosakan struktur jeti Kampung Pendam dipercayai berpunca daripada insiden perlanggaran melibatkan sebuah tongkang pasir pada Ahad lalu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. –UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: UNIFOR salur RM300,000 kepada Gereja St. Charles, perkukuh keharmonian luar bandar
Next: SUPP Bintangor perluas ‘Mobile Service 2 U’ santuni kawasan luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.