Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Keselamatan kediaman, jalan raya fokus sempena perayaan
  • TEMPATAN

Keselamatan kediaman, jalan raya fokus sempena perayaan

Utusan Sarawak 6 days ago
UTAMAKAN KESELAMATAN…Superintenden Parum Niot mengingatkan mereka yang akan bercuti untuk mengunci rumah dan memaklum kepada Polis dan jiran semasa ketidakberadaan mereka. Foto IPD Limbang

LIMBANG: Keselamatan kediaman harus diberi keutamaan sempena cuti perayaan Gawai dan Hari Raya Aidiladha bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata rumah dan kediaman  yang ditinggalkan hendaklah dipastikan dalam keadaan selamat dan berkunci.

“Lapor ke balai berhampiran dan mengisi borang balik kampung serta memaklumkan dengan jiran-jiran berhampiran bahawa mereka meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung ataupun bercuti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan ditetapkan agar selamat tiba di destinasi yang dituju.

Beliau menasihati orang ramai supaya merancang perjalanan dan sentiasa peka dengan keadaan persekitaran termasuk cuaca serta maklumat aliran lalu lintas sebelum memulakan perjalanan bersama keluarga.

Katanya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang melancarkan Op Lancar bermula semalam hingga 6 Jun depan sempena musim perayaan dan cuti persekolahan.

Langkah tersebut katanya bertujuan memastikan kelancaran pergerakan kenderaan dan pematuhan undang-undang di jalan raya dipatuhi sepanjang masa.

“Bagi memastikan keselamatan semasa menyambut perayaan Gawai Dayak dan Hari Raya Aidiladha saya menggesa semua yang memandu kenderaan supaya sentiasa berhati-hati memandu. Bagi pemandu yang membuat pemanduan perjalanan jarak jauh, pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan cukup rehat.

“Berhenti berehat sekiranya mengantuk atau penat,” katanya lagi.

Beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari Gawai Dayak  dan Hari Raya Aidiladha kepada mereka yang meraikannya.

“Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan selamat kembali semula ke Limbang,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MBKS must enforce laws fairly and without political bias
Next: Masa operasi sempadan Sarawak-Brunei dilanjutkan sempena musim perayaan ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.