Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keselamatan kebakaran jadi fokus program pendidikan warga PPDK Pakan
  • Utara
  • WILAYAH

Keselamatan kebakaran jadi fokus program pendidikan warga PPDK Pakan

Utusan Sarawak 4 weeks ago
PARA peserta dan kakitangan JKM bergambar bersama anggota bomba. Foto BBP Bintangor

PAKAN: Seramai 21 warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Pakan telah menyertai program kesedaran keselamatan kebakaran, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program tersebut bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan aspek kebakaran serta langkah pencegahan yang perlu diambil dalam persekitaran komuniti.

PESERTA belajar mengendalikan kebakaran dapur. Foto BBP Bintangor.

“Pendedahan seperti ini penting bagi memastikan warga PPDK memahami tindakan asas yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran.

“Ia juga bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kesedaran terhadap kebakaran dalam kehidupan seharian,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, program turut melibatkan pelbagai pengisian praktikal termasuk ceramah keselamatan kebakaran, demonstrasi pemadaman kebakaran, pengendalian kebakaran dapur dan pendedahan berkaitan keselamatan domestik yang bersesuaian dengan keperluan peserta.

“Program tersebut dikendalikan oleh dua orang anggota bomba. Turut hadir ialah tiga orang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gas mudah terbakar dikesan di tapak pembinaan SK Tudan, kerja dihenti sementara
Next: Imigresen Miri tahan 76 warga asing dalam operasi penguatkuasaan bersepadu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.