Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kesedaran komuniti teras kurangkan impak kebakaran di Sarawak
  • TEMPATAN

Kesedaran komuniti teras kurangkan impak kebakaran di Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
KENANGAN…Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan pada Program Komuniti Prihatin, Kediaman Selamat Bersama Bomba Sarawak 2026 peringkat Zon Kuching, hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Kerjasama erat antara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dengan komuniti setempat perlu terus diperkasakan sebagai tonggak utama keselamatan kebakaran di Sarawak, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada JBPM atas jasa dan khidmat bakti yang berterusan dalam melindungi nyawa serta harta benda rakyat, selain memuji pendekatan berteraskan komuniti yang dilihat semakin berkesan. 

Dr Sim turut menggesa masyarakat agar lebih peka, bertanggungjawab dan saling membantu bagi membentuk komuniti yang cakna serta bersedia menghadapi kecemasan.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Program Komuniti Prihatin, Kediaman Selamat Bersama Bomba Sarawak 2026 peringkat Zon Kuching, petang tadi.

KENANGAN…Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan pada Program Komuniti Prihatin, Kediaman Selamat Bersama Bomba Sarawak 2026 peringkat Zon Kuching, hari ini. Foto Norman B

Sementara itu, Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran, berkata penglibatan aktif komuniti merupakan elemen teras dalam mengurangkan impak kebakaran, selaras dengan trend peningkatan kerugian harta benda dari tahun ke tahun.

Pada 2023, kerugian dianggarkan RM118.52 juta dengan 87.62 peratus nilai harta berjaya diselamatkan; meningkat kepada RM199.10 juta pada 2024 (82.29 peratus diselamatkan) dan RM317.51 juta pada 2025 (63.23 peratus diselamatkan).

Menurutnya, situasi itu menuntut pengukuhan pencegahan kebakaran, pematuhan keselamatan bangunan serta peningkatan kesedaran awam dan kesiapsiagaan komuniti.

SEKITAR suasana Program Komuniti Prihatin, Kediaman Selamat Bersama Bomba Sarawak 2026 peringkat Zon Kuching, hari ini. Foto Norman B

Jamri berkata peranan Bomba Komuniti semakin signifikan dengan penubuhan 101 pasukan pada 2025 berbanding 48 pasukan pada 2023, sekali gus membuktikan tahap kesedaran masyarakat yang semakin meningkat terhadap keselamatan kebakaran dan pengurusan kecemasan.

Dalam pada itu, Jamri berkata JBPM Sarawak sentiasa mempertingkat kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dengan menempatkan anggota di lokasi berisiko, memastikan jentera serta peralatan penyelamat berada dalam keadaan baik, selain melaksanakan latihan dan simulasi kecemasan secara berterusan.

Pusat kawalan operasi turut beroperasi 24 jam bagi memantau perkembangan cuaca dan menerima sebarang laporan kecemasan.

Bagi menghadapi Monsun Barat Daya yang lazimnya membawa cuaca panas dan kering dari Mei hingga September, beliau berkata rondaan serta pengawasan di kawasan berisiko tinggi terus dipertingkatkan. Kesiapsiagaan aset pemadaman kebakaran dipastikan berada pada tahap optimum, khususnya bagi menangani kebakaran hutan dan kebakaran terbuka.

Selain itu, Jamri menegaskan program kesedaran awam dan kempen pencegahan kebakaran akan terus diperkasa melalui kerjasama strategik antara JBPM, agensi kerajaan dan komuniti setempat. 

Usaha bersepadu itu bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan serta tanggungjawab masyarakat dalam mencegah kebakaran, sekali gus mengurangkan risiko kerugian harta benda dan ancaman keselamatan pada masa hadapan.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wanita PBB serah keputusan kerusi calon wanita kepada Premier Sarawak
Next: Kemeriahan Tahun Baharu Cina dihiasi sinar cahaya di Taman Sahabat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.