Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kesedaran kesihatan mental belia perlu dipertingkat – Gerald Rentap
  • KESIHATAN

Kesedaran kesihatan mental belia perlu dipertingkat – Gerald Rentap

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Gerald Rentap Jabu rakam gambar bersama pada Majlis Persidangan Antarabangsa Kesihatan Mental Belia Sarawak yang berlangsung di Hotel Waterfront Kuching, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dalam kalangan belia perlu dipertingkatkan bagi memastikan mereka tidak terus dibelenggu stigma yang menghalang daripada mendapatkan bantuan sewajarnya.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, pandangan serong masyarakat terhadap isu tersebut harus dihentikan kerana ia hanya memburukkan keadaan dan memberi tekanan tambahan kepada golongan yang sedang berjuang.

“Kita tidak boleh anggap kesihatan mental sebagai isu kecil. 

“Belia adalah tunjang pembangunan negara. 

“Jika mereka dibiarkan tenggelam dalam tekanan tanpa sokongan, negara boleh jadi seperti mayat hidup, bergerak tanpa hala tuju,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Persidangan Antarabangsa Kesihatan Mental Belia Sarawak yang berlangsung di Hotel Waterfront Kuching, hari ini.

Jelasnya, kementerian di peringkat Persekutuan turut komited dalam hal ini, dengan pelancaran Indeks Kesihatan Mental oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yang turut mendapat pengiktirafan badan antarabangsa seperti UNICEF.

Dalam hal ini, Gerald menggesa semua pihak supaya bersikap lebih terbuka dan menyokong mereka yang berdepan cabaran kesihatan mental.

Beliau menegaskan bahawa masyarakat perlu menjadi pendengar yang baik dan bukannya menghukum, selain membantu golongan terkesan untuk melihat harapan serta membina masa depan yang lebih baik agar mereka tidak terus berasa terpinggir.

Oleh Amanda L.

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Hasbi gesa KKM percepat naik taraf Hospital Limbang baharu
Next: Kelvin Yii calls for urgent action to stop deadly vape threat before it hits Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.