Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kesedaran keselamatan siber perlu bermula dari rumah, sekolah
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan siber perlu bermula dari rumah, sekolah

Utusan Sarawak 3 hours ago
KESEDARAN keselamatan siber perlu bermula dari rumah, sekolah. Foto hiasan.

KOTA KINABALU: Kesedaran keselamatan siber perlu bermula dari rumah dan sekolah supaya tiada siapa menjadi mangsa jenayah dalam talian termasuk buli siber, penipuan serta penggodaman, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Beliau berkata, pendedahan awal mengenai risiko penggunaan Internet amat penting memandangkan ancaman siber ketika ini semakin dekat dengan kehidupan harian masyarakat, khususnya golongan muda.

“Seperti yang kita sedia maklum, sekarang banyak kes buli siber, penipuan dan penggodaman yang boleh berlaku semasa kita melayari Internet. Di Sabah, kes penipuan sahaja mencatatkan 321 aduan pada tahun lepas manakala 152 aduan lagi sehingga suku kedua tahun ini. Kita berharap angka ini terus menurun.

“Untuk kes penggodaman, sebanyak 159 aduan direkodkan tahun lepas manakala setakat suku kedua tahun ini, 30 aduan direkodkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Daerah Kota Kinabalu 2026 di Kampung Darau Laut, di sini hari ini.

Karnival itu dianjurkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).  

Mustapha berkata, usaha membendung jenayah siber perlu diberi tumpuan dari peringkat sekolah kerana kesedaran generasi muda perlu dipupuk dari awal, dengan mesej utama yang perlu disampaikan ialah memastikan mereka memahami bahaya dan tidak terlibat dalam jenayah siber.

Beliau turut menasihatkan pengguna Internet supaya sentiasa berhati-hati, memastikan kesahihan sumber maklumat dan tidak mendedahkan maklumat peribadi dalam talian yang berisiko digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pada program itu, pengunjung didedahkan kepada keselamatan Internet termasuk secara interaktif menerusi teknologi Realiti Maya (VR) dan sesi audio siar secara langsung bertemakan ‘Internet Selamat Tanggungjawab Bersama’.

Program turut menampilkan pelbagai aktiviti komuniti termasuk pameran keselamatan Internet, pertandingan nyanyian lagu Bajau Samah dan pertandingan e-sukan. – Bernama

Continue Reading

Previous: PDB perluas inisiatif pengumpulan minyak masak terpakai ke 100 stesen di seluruh negara
Next: Timor-Leste mohon bantuan Malaysia tarik kehadiran Google

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.