Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kesedaran guru terhadap disleksia perlu dipertingkat
  • PENDIDIKAN

Kesedaran guru terhadap disleksia perlu dipertingkat

Utusan Sarawak 4 hours ago
UCAPAN… Dato Sri Fatimah Abdullah berucap ketika melancarkan Kempen Krismas di pusat membeli-belah The Spring, di sini, semalam. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Kesedaran guru mengenai masalah pembelajaran disleksia perlu dipertingkat bagi memastikan kanak-kanak yang terlibat mendapat sokongan pendidikan sesuai, sejajar dengan agenda inklusiviti di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata ramai murid dyslexia masih disalah anggap oleh masyarakat termasuk guru dan ibubapa, menyebabkan mereka sering dihukum akibat tingkah laku yang sebenarnya berpunca daripada kesukaran membaca dan mengeja.

“Apabila guru memahami keadaan mereka, baharulah hukuman yang tidak sepatutnya dapat dielakkan. 

“Sebab itu langkah pertama ialah memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan guru tentang apa itu dyslexia.

“Selepas guru jelas, baharulah mereka dapat dilatih menjadi jurulatih yang mampu membantu murid dyslexia dengan kaedah yang betul,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kempen Krismas di pusat membeli-belah The Spring, di sini, semalam. 

Kempen bertemakan Bayangkan Keajaiban itu memberi penghormatan kepada komuniti dyslexia dan menyeru masyarakat untuk lebih cakna terhadap masalah pembelajaran tersebut, selain menggalakkan kesejahteraan emosi dan kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak.

Sebagai rakan kesedaran rasmi, The Spring akan menjemput wakil Persatuan Dyslexia Sarawak (DAS) ke pusat beli-belah itu pada hujung minggu terpilih sepanjang November dan Disember, bagi membolehkan ibubapa mendapatkan panduan secara langsung berhubung perkembangan pembelajaran anak mereka.

Fatimah berkata penubuhan DAS sejak awal lagi bertujuan mendidik guru supaya benar-benar memahami dyslexia dan sekali gus menyediakan intervensi yang tepat kepada pelajar yang dikenal pasti.

“Kanak-kanak dyslexia tidak boleh dihantar ke kelas pemulihan semata-mata kerana mereka ketinggalan dalam akademik. Cara itu tidak sesuai kerana dyslexia ialah masalah pembelajaran khusus. Ia bukan sama seperti murid lambat belajar,” jelasnya. 

Majlis itu turut menyaksikan penyalaan Pokok Krismas ikonik The Spring di kawasan tempat letak kereta VIP, yang turut disempurnakan oleh Fatimah.

Beliau berkata Krismas di Sarawak menjadi perayaan yang menyatukan masyarakat tanpa mengira agama kerana nilai yang dibawa ialah kasih sayang, kemurahan hati dan semangat kebersamaan.

“Krismas mengingatkan kita tentang memberi. Tentang orang yang berhati baik membantu mereka yang kurang bernasib baik. Ia mengenai kehangatan keluarga dan kegembiraan sebagai komuniti yang bersatu,” 

Oleh Adele Rissa

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: RM16,000 bantu 15 pelajar DUN Kakus mulakan pengajian
Next: 88 kanak-kanak diraikan dalam Konvokesyen Tabika Perpaduan Sibu 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.