Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kesedaran ‘Earth Hour’ perlu berterusan, bukan sekadar satu jam
  • TEMPATAN

Kesedaran ‘Earth Hour’ perlu berterusan, bukan sekadar satu jam

Utusan Sarawak 7 hours ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan pada Program ‘Earth Hour’ 2026, di Kuching, hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Sambutan ‘Earth Hour’ bukan sekadar memadamkan lampu selama satu jam, sebaliknya perlu diteruskan sebagai amalan harian dalam usaha menjimatkan tenaga serta memelihara alam sekitar.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, penganjuran program itu dilaksanakan secara bergilir antara pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sarawak, dengan Sri Aman menjadi tuan rumah bagi tahun ini.

Menurutnya, program ‘Earth Hour’ yang diadakan di Chagee Taman Sahabat bukan sekadar simbolik, sebaliknya menjadi platform penting dalam menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat agar lebih bertanggungjawab dalam penggunaan tenaga.

SIMBOLIK… Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng bersama tetamu kehormat dan wakil pihak berkuasa tempatan menyertai simbolik pemadaman lampu sempena program ‘Earth Hour’ di Chagee Taman Sahabat, hari ini. Foto Norman B

Tambah beliau, program padam lampu itu dilaksanakan secara serentak melibatkan pelbagai PBT di seluruh Sarawak termasuk Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Bandaraya Miri serta beberapa majlis daerah lain.

“Pendekatan ini membuktikan komitmen Sarawak sebagai satu-satunya negeri yang berjaya menghimpunkan semua majlis bandaraya dan PBT untuk bekerjasama dalam meningkatkan kesedaran awam,” katanya.

SIDANG MEDIA… Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng ketika ditemui media pada Program ‘Earth Hour’ 2026, di Kuching, hari ini. Foto Norman B

Beliau menegaskan bahawa ‘Earth Hour’ bukan sekadar satu jam, sebaliknya mesej kesedaran itu perlu diteruskan dalam kehidupan seharian.

“Apabila pulang ke rumah, mulakan malam ini dengan langkah kecil seperti memadamkan lampu yang tidak digunakan. Ini bukan sahaja menjimatkan tenaga, malah dapat mengurangkan kos elektrik,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata setiap tindakan kecil mampu memberi impak besar sekiranya dilakukan secara bersama oleh masyarakat.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ops HRA 2026: Pemantauan dipertingkat di beberapa daerah menjelang hujung minggu
Next: Indeks Pencemaran Udara Sarawak meningkat, 17 kawasan pada tahap sederhana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.