Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kesedaran dan tindakan masyarakat penting cegah denggi – Wee Hong Seng
  • TEMPATAN

Kesedaran dan tindakan masyarakat penting cegah denggi – Wee Hong Seng

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATO Wee Hong Seng, bercakap pada Kempen Kesedaran Denggi anjuran Jabatan Kesihatan Kuching di Kedai Kopi Fu Yu, Jalan Sekama, hari ini.

KUCHING: Tahap pengetahuan serta peranan aktif masyarakat merupakan faktor paling penting dalam usaha membendung penularan penyakit denggi di bandar raya ini, kata Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng.

Beliau berkata demikian pada Kempen Kesedaran Denggi anjuran Jabatan Kesihatan Kuching yang berlangsung di Kedai Kopi Fu Yu, Jalan Sekama, hari ini.

Menurut beliau, orang ramai perlu peka terhadap simptom awal denggi seperti demam panas berpanjangan, sakit kepala teruk, sakit badan serta keletihan melampau, dan segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya gejala tersebut tidak reda walaupun selepas mengambil ubat biasa.

“Pengetahuan asas ini sangat penting bagi memastikan rawatan awal dapat diberikan dan seterusnya mengelakkan komplikasi yang lebih serius,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa pencegahan denggi bukan hanya tanggungjawab pihak kerajaan atau jabatan kesihatan semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak termasuk ketua isi rumah dan pemilik premis.

TINJAU… Dato Wee Hong Seng melakukan tinjauan di di Kedai Kopi Fu Yu, Jalan Sekama, hari ini.

Beliau menyeru orang ramai supaya memastikan kawasan rumah dan persekitaran sentiasa bersih serta bebas daripada air bertakung yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, dengan menutup, mengosongkan atau menukar air di dalam bekas secara berkala.

“Kegagalan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk boleh dikenakan tindakan kompaun, dengan denda sehingga RM250 bagi satu kes. Ini bukan bertujuan menghukum, tetapi sebagai peringatan agar semua pihak melaksanakan tanggungjawab masing-masing,” jelasnya.

Tambah beliau, kempen berkenaan turut memperkenalkan penggunaan bahan pencegahan seperti larvasid yang boleh digunakan di dalam bekas air termasuk tandas, sebagai langkah tambahan bagi mengawal pembiakan nyamuk.

Sehubungan itu, beliau turut meminta orang ramai memberi kerjasama sepenuhnya kepada pegawai kesihatan semasa pemeriksaan dijalankan, termasuk membenarkan pemeriksaan di dalam dan sekitar rumah.

Beliau berharap dengan kesedaran dan tindakan berterusan daripada semua pihak, kawasan berisiko denggi di Kuching dapat dikurangkan sekali gus memastikan kesejahteraan dan keselamatan kesihatan masyarakat terpelihara.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sri Aman bersiap hadapi transformasi melalui jalan pesisir baharu
Next: Perutusan: Tun Wan Junaidi gesa perpaduan, kewaspadaan AI dan kerjasama membangunkan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.